CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5634|Reply: 0

Pendakwa raya Sepanyol mahu Ancelotti dipenjara

[Copy link]
Post time 7-3-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti meraikan kejayaan pasukannya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan RB Leipzig 2-1 secara agregat di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto REUTERS

MADRID: Pendakwa raya Sepanyol menggesa jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti dipenjarakan selama empat tahun sembilan bulan, dengan mengatakan beliau gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada pejabat cukai.

Pejabat pendakwa raya Madrid menuduh warga Itali berusia 64 tahun itu merugikan perbendaharaan Sepanyol lebih 1 juta euro (RM5.13 juta) dalam pendapatan tidak diisytiharkan daripada hak imej pada 2014 dan 2015.

"Sekalipun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai pemastautin cukai di Sepanyol dan menetap di Madrid, beliau hanya mengisytiharkan dalam penyata cukainya imbuhan peribadi yang diterima daripada Real Madrid," kata pejabat cukai itu dalam satu kenyataan.

Ia menuduh Ancelotti mencipta sistem "mengelirukan" dan "kompleks" mengenai syarikat pesisir bagi menyembunyikan pendapatan tambahannya daripada hak imejnya serta daripada sumber lain seperti hartanah.


Pendakwa raya juga mendakwa jurulatih Real Madrid itu "mensimulasikan" pemindahan hak imejnya kepada entiti "tanpa sebarang aktiviti sebenar" yang berpangkalan di luar Sepanyol.

Beliau menerima 1.24 juta euro (RM6.37 juta) pada 2014 daripada pendapatan hak imejnya dan 2.96 juta euro (RM15.2 juta) pada 2015, menurut pendakwa raya.

Mahkamah Sepanyol pada Julai lalu memerintahkan Ancelotti - dianggap sebagai salah seorang jurulatih terhebat sepanjang zaman - untuk dibicarakan berhubung skandal itu, tetapi belum ada tarikh ditetapkan.

"Apa yang boleh saya katakan ini adalah kisah lama yang saya harap akan diselesaikan tidak lama lagi," kata Ancelotti kepada pemberita selepas Real Madrid mara ke suku akhir Liga Juara-Juara mengatasi RB Leipzig 2-1 secara agregat awal pagi tadi.

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah, saya amat tenang," katanya. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ancelotti-dipenjara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050288 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list