CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7440|Reply: 0

Klopp janji 'hati-hati' turunkan Salah

[Copy link]
Post time 7-3-2024 10:46 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kiri) turun berlatih bersama rakan sepasukan Lewis Koumas, Amara Nallo dan Trey Nyoni di Pusat Latihan AXA, Liverpool semalam. – Foto REUTERS

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata beliau akan "berhati-hati" sekiranya Mohamed Salah kembali bermain menentang Sparta Prague pada aksi Liga Europa awal pagi esok selepas bintang serangan itu direhatkan kerana kecederaan baru-baru ini.

Pemain antarabangsa Mesir itu menyertai rakan sepasukan Liverpool dalam penerbangan ke Prague semalam sesudah terlepas empat perlawanan terdahulu kerana kecederaan otot.

Penyerang berusia 31 tahun itu hanya beraksi 46 minit buat Liverpool sejak pulang awal dari Piala Negara-Negara Afrika apabila dia mengalami kecederaan pangkal paha pada aksi peringkat kumpulan menentang Ghana Januari lalu.

Penampilan Salah sebagai pemain gantian hadir menentang Brentford pada 17 Februari lalu, penyerang itu menjaringkan gol di Stadium Komuniti Gtech sebelum direhatkan kerana masalah otot.



Dia turun berlatih bersama skuad Liverpool semalam dan mungkin beraksi bagi aksi pertama pusingan 16 terakhir menentang Sparta.



Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melayan soalan wartawan pada sidang akhbar praperlawanan Liga Europa menentang Sparta Prague di Prague semalam. – Foto AFP

Kehadiran Salah penting buat Klopp menjelang pertembungan besar dengan Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris Ahad ini.

Pasukan tangga kedua City akan tiba di Anfield satu mata di belakang pendahulu Liverpool dalam perebutan kejuaraan yang sengit.

"Bagus dia (Salah) sudah kembali," kata Klopp pada sidang akhbar praperlawanan semalam.

"Kami mahu berhati-hati, kami perlu berhati-hati tetapi kami kini berada dalam tempoh paling tegang musim ini dan kami memerlukan setiap orang.

"Jadi lihat selama mana kami boleh menggunakan khidmatnya dan perkara seumpamanya."

Bintang Mesir itu menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan musim ini, termasuk 15 dalam 21 perlawanan liga. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... hati-turunkan-salah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.060491 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list