CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7523|Reply: 0

Liga Europa: Leverkusen intai peluang trebel

[Copy link]
Post time 7-3-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode

LEVERKUSEN berada di puncak prestasi ketika ini dan berpeluang untuk mara lebih jauh pada saingan Liga Europa kali ini. - AFP

LEVERKUSEN – Pihak pengurusan Bayer Leverkusen membuat keputusan meletakkan tanda harga buat pengendali pasukan itu, Xabi Alonso yang menjadi buruan beberapa pasukan gergasi Eropah.

Liverpool yang dilaporkan menjadi pasukan yang paling meminati khidmat pengendali dari Sepanyol itu bagi menggantikan Jurgen Klopp perlu membayar sebanyak £21 juta (RM125.90 juta) untuk mereka melepaskan khidmat Alonso.

Ahli lembaga pengarah Leverkusen dilaporkan enggan spekulasi berkenaan mengganggu prestasi pasukan itu yang berada pada tahap terbaik ketika ini apabila mereka berpeluang untuk memenangi kejuaraan trebel musim ini menyebabkan mereka mengambil tindakan meletakkan tanda harga berkenaan.

Musim ini menyaksikan Alonso mencipta sentuhan magis apabila membantu Leverkusen mengungguli saingan Bundesliga dengan memiliki kelebihan 10 mata berbanding pencabar utama, Bayern Munich dalam saingan tersebut.

Sementara itu, mereka juga mara ke pentas separuh akhir Piala DFB dan dijangka tidak berdepan masalah untuk ke pentas final apabila dijadual menentang pasukan Bundesliga 2, Fortuna Dusseldorf bulan depan.

Bagaimanapun, fokus utama yang bakal diberikan perhatian oleh mereka adalah aksi terdekat menentang Qarabag pada saingan Liga Europa awal pagi esok di Stadium Olimpik Baku pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik.

Leverkusen sebelum ini pernah menentang Qarabag sebanyak dua kali musim ini apabila kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan yang sama sebelum ini kedua-dua aksi berkenaan berpihak kepada skuad kendalian Alonso.

Leverkusen mencatat kemenangan pertama dengan jaringan 5-1 sebelum mendominasi aksi kedua dengan keputusan 1-0 sekali gus pertemuan kali ini dijangka sekali lagi berpihak kepada mereka untuk mara ke suku akhir. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... tai-peluang-trebel/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054848 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list