CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7558|Reply: 0

EPL: Scholes jangka Ten Hag dipecat

[Copy link]
Post time 7-3-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

TEN HAG dijangka dipecat sebagai musim ini berakhir ekoran kegagalannya untuk menterjemahkan aksi terbaik buat United musim ini. - AFP

MANCHESTER – Beberapa pemain Manchester United meluahkan kebimbangan mengenai tuntutan latihan yang dikendalikan oleh pengurus pasukan itu, Erik Ten Hag.

Ten Hag telah melalui musim yang sangat mencabar dan spekulasi mengenai masa depan bersama kelab itu menjadi tajuk utama perbualan banyak pihak ketika prestasi United dianggap sangat negatif ketika ini.

Pemegang saham baharu kelab itu, Sir Jim Ratcliffe juga gagal mengesahkan secara terbuka sama ada Ten Hag akan terus kekal mengemudi pasukan itu untuk musim depan selepas peluang mereka untuk ke saingan Liga Juara-Juara semakin kabur.

Ten Hag juga sedang berdepan satu lagi isu apabila terdapat laporan mendakwa bahawa beberapa pemain merasakan perancangan latihan yang digunakan beliau memenatkan dan taktikal perlawanan juga semakin tidak relevan.

Malah, beberapa pemain itu juga percaya bahawa kaedah yang digunakan tersebut menyumbang kepada masalah kecederaan yang dialami para pemain apabila 47 kes dicatatkan pada musim ini.

Legenda United, Paul Scholes percaya bahawa Ratcliffe dan pasukannya bersedia dengan keputusan mengenai masa depan Ten Hag dan perubahan bakal berlaku untuk saingan musim hadapan.

“Berdasarkan wawancara dengan Sir Jim yang kita dengar, saya rasa ada sedikit ketidakpuasan hati terhadap prestasi kelab sejak 10 atau 11 tahun yang lalu dan terutamanya dua tahun terakhir.

“Saya rasa beliau tidak gembira dengan apa yang berlaku dan tidak terkejut jika mereka sedang mencari pengurus baru sekarang,” kata Scholes. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ka-ten-hag-dipecat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051097 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list