CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7004|Reply: 0

Surat tajaan RM25 juta bantu Perlis United ke Liga Super

[Copy link]
Post time 7-3-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode

Skuad Perlis United sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dalam Liga Super selepas kali terakhir pada 2018. – Foto Perlis United FC

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pasukan Liga M3 yang akan dinaikkan pangkat ke Liga Super musim 2024-25 terlerai selepas Perlis United FC (PUFC) menjadi pilihan terbaik untuk mengisi slot ke-14 sekali gus menggantikan Kelantan FC.

Namun Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjelaskan pasukan itu diarah untuk memenuhi syarat tambahan sebelum mendapat lesen luar biasa bersyarat bagi membolehkan mereka beraksi dalam Liga Super musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan keputusan itu dibuat Ahli Lembaga Pengarah MFL yang mendengar permohonan PUFC menerusi cadangan First Instance Body (FIB) yang menyemak dan menilai dokumen diserahkan kelab M3 itu.

"Berdasarkan semakan dan penilaian teliti terhadap setiap permohonan yang dikemukakan, PUFC memiliki dokumen lebih kukuh dengan salinan surat penajaan berjumlah RM25 juta daripada empat potensi penaja iaitu Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd, Ivory Properties Group Berhad, M A Intelligent Holdings Sdn Bhd dan Al Razi Holding (M) Sdn Bhd.


"PUFC turut mengemukakan salinan cek berjumlah RM5 juta daripada salah satu penaja sebagai bukti dana kewangan pasukan. Selain itu, kelab berkenaan juga menyerahkan surat sokongan daripada kerajaan negeri Perlis yang ditandatangani Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli selain surat sokongan daripada Persatuan Bolasepak Perlis.

"Bagaimanapun, Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan PUFC hanya akan diberikan lesen luar biasa bersyarat dengan mematuhi beberapa keperluan dan kriteria yang ditetapkan oleh FIB susulan janji dan jaminan yang diberikan kepada FIB daripada pegawai PUFC semasa pembentangan mereka.

"MFL sudah memaklumkan syarat berkenaan kepada PUFC dan kini sedang menunggu dokumentasi penajaan dan bukti dana mereka," kata Stuart.

Sebagai rekod, setiap permohonan perlu melengkapkan kriteria dan sub-kriteria iaitu infrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, sukan, perundangan, kewangan serta perniagaan seperti dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Selain Perlis, tiga lagi pasukan - Imigresen FC, KL Rovers dan Harini - turut mengemukakan permohonan bagi lesen luar biasa itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... nited-ke-liga-super
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.406786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list