CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4169|Reply: 0

[Melaka] Melaka cadang wujud sekolah autism untuk B40

[Copy link]
Post time 7-3-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode

KALSOM bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar persidangan DUN Melaka di Seri Neger, Ayer Keroh, Melaka. -Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak autistik khusus bagi golongan B40.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, sebelum ini terdapat cadangan untuk mewujudkan pusat pendidikan awal kanak-kanak autistik di setiap zon termasuk di Melaka.

Kata beliau, bagaimanapun cadangan tersebut tidak dapat diteruskan susulan berlaku perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Buat masa ini tiada sekolah autism di bawah naungan kerajaan di Melaka, hanya satu pusat pendidikan dikendalikan pihak swasta di Peringgit dengan yuran kira-kira RM350 untuk seorang pelajar.

“Bagaimanapun tidak ramai ibu bapa mampu untuk menghantar anak ke sana, jadi banyak aduan daripada guru berdepan masalah untuk mendidik anak istimewa ini yang dihantar ke taska biasa,” katanya ketika sidang akhbar persidangan DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambahnya, susulan itu pihaknya terpanggil untuk menubuhkan sekolah autism di bawah naungan kerajaan negeri yang akan dimanfaatkan keluarga B40 dengan bayaran yang minimum.

Dalam pada itu, Kalsom berkata, sejumlah RM20.7 juta diperuntukan bagi perbelanjaan keseluruhan orang kurang upaya (OKU) terutama anak-anak istimewa pada tahun lepas.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... h-autism-untuk-b40/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059988 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list