CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4175|Reply: 0

KDA FC, KL City FC diberi tempoh hingga 29 Mac

[Copy link]
Post time 7-3-2024 05:17 PM | Show all posts |Read mode

AB Ghani (enam dari kiri) menyerahkan bola kepada Abdul Manan sebagai simbolik perasmian aksi persahabatan sambil disaksikan Stuart (empat dari kiri) dan Mohd Hisamudin (enam dari kanan), malam tadi.

Kuala Lumpur: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan KL City FC (KL City) belum boleh menarik nafas lega apabila diberi tempoh kurang sebulan bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan masing-masing.

Sebaliknya, jika jika berkenaan gagal berbuat demikian, kelab terbabit berisiko dikenakan hukuman berat termasuk pemotongan mata, larangan pengambilan pemain import atau lebih teruk lagi, Lesen Kebangsaan ditarik balik, sekali gus disingkirkan daripada saingan Liga Super musim ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam yang menetapkan 29 Mac ini sebagai tarikh akhir untuk kelab terbabit menyelesaikan tunggakan itu yang boleh dilakukan secara berperingkat.

"KDA FC dan KL City diarahkan untuk membuat pembayaran pertama sebanyak 50 peratus pada atau sebelum 15 Mac 2024 dan penyelesaian penuh pada atau sebelum 29 Mac 2024.


"Kegagalan untuk membuat pembayaran seperti tarikh ditetapkan itu bakal mengakibatkan kedua-dua kelab Liga Super itu dikenakan sekatan perpindahan pemain berserta denda atau berdepan hukuman penarikan Lesen Kebangsaan oleh First Instance Body (FIB)," kata Stuart.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada perlawanan persahabatan antara SK Riong (gabungan Harian Metro dan Kumpulan NSTP) menentang MFL di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), malam tadi, yang menyaksikan MFL menang 8-7.

Hadir sama, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan; Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Senator Mohd Hisamudin Yahaya dan Pengarang Berita Kanan (Sukan & Hiburan) Harian Metro, Abdul Manan A Samad.

Dalam perkembangan lain, Stuart menganggap aksi persahabatan bersama pihak media khususnya Harian Metro adalah sebagai medan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak yang saling memerlukan dalam membantu menaikkan imej Liga Malaysia.

"Saya ucapkan terima kasih perlawanan malam ini sebab kadang-kadang kita di dalam musim (Liga M) sibuk dan akan selalu di dalam situasi bercerita pasal kerja.

"Kalau kita ada masa sebelum liga bermula, program perlawanan seperti ini membawa kita memahami rakan media selain nama (penulis wartawan) atas akhbar sahaja, malah dapat mengenali pengurusan Harian Metro.

"Memang perlu kita wujudkan hubungan dengan media seperti ini sebab MFL kadang-kadang selalu dilihat sebagai badan pengelola liga yang lebih sedikit korporat atau lebih sedikit kontroversi dalam liga.

"Tapi sebenarnya kita hanya nak menjaga liga sahaja dan buat terbaik untuk liga.

"Jadi apabila keputusan tidak menyebelahi satu-satu pasukan, ia membuatkan hubungan jadi sedikit renggang dan itu yang kita mahu ubah menerusi program seperti ini," katanya yang beraksi di posisi tengah bersama pasukan MFL.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... empoh-hingga-29-mac
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.512431 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list