CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9480|Reply: 91

[Tempatan] Merupakan Superfood, Makan Masa Sahur Boleh Kurangkan Lapar Rasa Lapar Ketika Berpuasa!

  [Copy link]
Post time 8-3-2024 08:58 AM | Show all posts |Read mode


Sahur dan berbuka merupakan dua perkara yang diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia ketika bulan Ramadan. Waktu berbuka merupakan masa yang dinanti-nantikan, tapi ramai yang ambil ringan dengan waktu sahur kerana lebih gemar untuk tidur atau rasa tak berapa selera untuk makan ketika itu.

Tapi kalau korang nak tahu, sahur merupakan tuntutan sunnah Rasulullah SAW yang paling besar tau, malah baginda tak pernah meninggalkan amalan ini. Perkara ini juga dapat dilihat dalam salah satu hadis Rasulullah di mana baginda bersabda:

    “Pemisah, perbezaan di antara puasa kita dengan ahli kitab adalah dengan bersahur.” – Hadis riwayat Abu Daud

Selain ia merupakan satu amalan sunnah, sahur juga boleh bantu untuk berikan kita tenaga bagi menjalani ibadah dan aktiviti seharian. Tapi, kalau salah pemakanan, silap-silap baru pukul 10 pagi dah lapar balik kan?

Jadi pada artikel kali ini, jom kita tengok makanan sahur apa yang boleh membantu kita untuk terus rasa bertenaga sepanjang hari dan apa makanan yang perlu dielak.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2024 08:58 AM | Show all posts
1. Telur



Telur merupakan superfood untuk orang-orang yang mahu menjaga kesihatan, diet dan tenaga yang berpanjangan. Ini kerana, telur mempunyai banyak protein yang baik dan tinggi vitamin dan nutrisi.

Tak cukup dengan itu, telur juga berupaya untuk buat korang kenyang tau sebab ia tak akan sebabkan korang alami tekanan gula rendah atau tinggi yang biasanya jadi punca kenapa korang lapar.

Jadi, kalau korang nak makan telur waktu sahur, korang boleh makan telur setengah masak, telur rebus, telur hancur dan pelbagai lagi masakan lain. Selain itu juga, korang boleh makan telur dengan roti atau sayur-sayuran lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 08:59 AM | Show all posts
2. Greek yogurt



Yogurt merupakan makanan yang sangat sedap dan mudah untuk membuka selera makan walaupun ketika korang tengah mengantuk.

Greek yogurt mempunyai protein casein yang boleh memperlahankan penghadaman dan sekaligus buatkan korang kenyang sepanjang hari.

Kalau korang tak suka untuk makan yogurt ni macam tu je, korang boleh juga campurkan dengan buah-buahan kesukaan korang dan google je apa-apa resepi mudah yang boleh disatukan dengan yogurt.

Korang boleh buat yogurt ni sebelum tidur dan simpan dalam peti sejuk, bila sahur, korang hanya tinggal keluarkan dan makan. Settle!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 08:59 AM | Show all posts
3. Ikan atau ayam



Ikan dikenali sebagai makanan yang boleh meningkatkan kecerdasan. Tapi untuk elak dari cepat rasa haus, pastikan korang tak makan makanan yang bergoreng.

Ayam pula mempunyai nutrisi yang boleh membekalkan tenaga untuk korang jadi ia dapat membantu korang untuk berfungsi dengan lebih baik ketika berpuasa.

Selain dari ayam dan ikan korang juga boleh makan daging. Tapi pastikan ayam dan daging tu korang pilih bahagian yang kurang berlemak tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 09:00 AM | Show all posts
4. Oatmeal



Oatmeal merupakan sumber makanan yang baik kerana ia mempunyai protein dan karbohidrat yang tinggi. Selain itu, dengan hidangan mudah seperti ini, korang confirm akan rasa kenyang sepanjang hari.

Korang boleh memilih untuk menyediakan oatmeal segera atau overnight oatmeal yang boleh dibuat sebelum korang masuk tidur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 09:00 AM | Show all posts
5. Kekacang



Kalau korang nak tahu, kekacang boleh buatkan korang rasa kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sikit tau. Jadi, waktu sahur kalau korang malas sangat nak buat apa-apa, korang bolehlah makan apa-apa jenis kacang yang korang suka dan minum susu panas.

Hidangan macam ni je dah boleh buat korang rasa kenyang untuk jangka masa yang lama tau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2024 09:01 AM | Show all posts
Bonus: Air nabeez



Air rendaman kurma atau air nabeez merupakan minuman sunnah yang banyak khasiatnya tau dan caranya pun sangat sangat mudah.

Sebelum tidur, ambil 3 biji kurma dan buang bijinya, carik-carik isi kurma. Rendam isi kurma dalam air masak biasa dan biarkan di luar. Bila korang bangun sahur esoknya, air tu korang boleh je minum macam biasa.

Air Nabeez ni korang juga boleh minum lepas makan hidangan sahur korang dan cuba amalkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 09:01 AM | Show all posts
5 makanan/minuman yang perlu dielakkan waktu sahur

1. Teh/kopi dan minuman bergula

Kalau korang nak tahu, teh, kopi dan minuman bergula ni adalah antara yang perlu dielak waktu sahur. Ini kerana, kopi dan teh boleh membuatkan korang cepat rasa haus dan gula di dalamnya pula akan membuatkan tekanan gula dalam badan cepat meningkat dan turun dengan mendadak sekaligus buatkan korang cepat rasa lapar dan penat.

2. Makanan berminyak

Makanan-makanan berminyak dan gorengan boleh membuatkan perut korang kembung dan banyak angin. Ini boleh menyebabkan ibadah korang terganggu terutamanya bila nak solat subuh. Selain itu juga makanan berminyak ni boleh buat korang rasa tak bertenaga dan mengantuk.

3. Roti putih

Roti putih ni walaupun sedap dan mudah untuk dimakan ketika sahur, ia juga boleh menyebabkan tekanan gula korang cepat naik dan cepat juga turun seperti minuman bergula.

4. Bijirin

Bijirin seperti cornflakes memang merupakan makanan yang mudah dimakan pada waktu pagi lebih-lebih lagi bila digabungkan dengan susu sejuk. Tapi jumlah gula di dalam bijirin akan menyebabkan korang cepat lapar dan mengantuk ketika berpuasa.

5. Kari dan sup berminyak

Biasanya bila waktu sahur, kita akan makan makanan lebihan semasa berbuka puasa. Tapi makanan seperti kari dan sup ini akan membuatkan kita rasa kembung dan ia juga tak boleh nak dihadam dengan baik. Perkara ini sekaligus akan membuatkan kita rasa terganggu untuk membuat ibadah dan melakukan pekerjaan.

So, korang dah bolehlah beli barang-barang dapur yang sesuai untuk bulan puasa ni ok? Selamat berpuasa!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2024 09:49 AM | Show all posts
sahur selalu tiga keping roti putih dan teh O. rasa cukup sampai lewat petang/berbuka. rupanya x sesuai ye....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku amalkhen setiap kali selepas selesai bersahur ...ambik segelas air...minum seteguk...kemudian baca surah al kautsar....dan diikuti oleh 3 teguk air...kendian berhenti...

In syaa allah will see you through the whole day berposa dgn gilang gemilang....in syaa allah...tanpa rasa dahaga dan lapar yg over the top...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 8-3-2024 09:49 AM
sahur selalu tiga keping roti putih dan teh O. rasa cukup sampai lewat petang/berbuka. rupanya x ses ...

Perut uols buleh tahan ye makan roti putih dengan teh o iols penah makan camtu tapi time breakfast biasa pagi2 ni. Tak dan tengah hari perut jadi pedih lapor.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:14 AM | Show all posts
aku biasa amik overnight oat atau nestum. pg2 mls nk ngunyah. tp klu kt kpg, mak aku mmg akan sediakan nasik sbb masa berbuka x mkn nasik. air plak biasa teh o. hmm, kena tukar la kot

anyhoo, bgs artikel ni. aku nk cuba air nabeez tu nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang betul2 buatkan iols rasa kenyang tahan lama adalah oat campur susu full cream. Breakfast pagi2 ambik dua ni kenyang sampai time lunch. Rasanya sahur nanti nak ambik yang ni saja la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:18 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 8-3-2024 10:14 AM
Perut uols buleh tahan ye makan roti putih dengan teh o  iols penah makan camtu tapi time breakf ...

lapar tu kejap je...nanti akan hilang juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:39 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 8-3-2024 10:17 AM
Yang betul2 buatkan iols rasa kenyang tahan lama adalah oat campur susu full cream. Breakfast pagi2  ...

boleh cuba overnight oat...
dulu rajin jugak buat.. lapar tu.. dah petang2 mmg la rasa jugak lapar.. dah memang tu tujuan puasa kan..
tapi tak pedih perut la..
kira lapar.. perasan la lapar.. then biarkan berlalu.. then ok.. takde la melepek ke apa..

kadang kita kol 10 dah pedih perut.. siap pakej masuk angin. tu yang taknak tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak pulak x blh mkn.. Klu mkn sahur kul 10 mesti dah lapar giler.. Ak blh minum air je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Doakan aiols survive makan nasik weekends ja puasa neh!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 8-3-2024 02:41 AM
Ak pulak x blh mkn.. Klu mkn sahur kul 10 mesti dah lapar giler.. Ak blh minum air je..

Weols sama tapi aiol sekitar tengahari gitu mood dah laen sebab lapar plus dahaga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sahur minum air kosong je..dah biasa macam ni bertahun2 termasuk puasa ganti
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:06 AM | Show all posts
stingerbumpy replied at 8-3-2024 09:52 AM
Yg aku amalkhen setiap kali selepas selesai bersahur ...ambik segelas air...minum seteguk...kemudian ...

seteguk tu dibuat selang 3 jam ke ahim?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.549844 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list