CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14853|Reply: 99

[Tempatan] CUEPACS harap kerajaan beri bantuan khas Aidilfitri

  [Copy link]
Post time 8-3-2024 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Cuepacs harap kerajaan beri bantuan khas Aidilfitri

https://www.malaysiakini.com/news/698611

Bernama
Diterbitkan:  Mar 7, 2024 9:14 PM
Dikemaskini: 9:14 PM



Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan sekiranya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, sempena sambutan Aidilfitri, April nanti.

Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata bantuan berkenaan yang kelaziman diberikan setiap tahun, wajar diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam, sekali gus meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan itu.

“Kita berterima kasih untuk pemberian Bayaran Insentif Awal RM2,000 untuk penjawat awam baru-baru ini, yang sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada anggota perkhidmatan awam bagi membuat perbelanjaan awal sekolah, Ramadan dan mungkin sebahagian untuk raya.

“Namun, jika kerajaan rasa ada keperluan untuk sedikit tambahan dalam bentuk bantuan perayaan seperti mana lazim diberikan setiap tahun dan tidak pernah tidak beri, mungkin tradisi sama boleh dikekalkan, kita alu-alukan, tetapi CUEPACS tidaklah mendesak.

“Lazimnya kerajaan bagi RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara, kekalkan yang sama pun sesuatu yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan bersama CUEPACS, dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban hari ini.

Sementara itu, Adnan berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial, perlu mencadangkan kepada kerajaan bentuk kebajikan yang sesuai untuk penjawat awam akan datang, dalam perbincangan pada 25 Mac ini.

Beliau berkata ini termasuk cadangan supaya kerajaan meningkatkan skim caruman KWSP untuk majikan dan pekerja pada kadar bersesuaian, atau tidak kurang 26 peratus daripada gaji asas penjawat awam baharu.

“Tiga agensi ini diminta buat cadangan lebih baik daripada skim (pencen) yang ada pada hari ini dan CUEPACS yakin cadangan akan datang, lebih sesuai untuk generasi ketika itu. Kita mahu penambahbaikan, sebab itu prinsip kita ialah mendapat ‘tidak kurang faedahnya’ (daripada skim pencen).

“Ada dalam kalangan orang ramai yang berpendapat KWSP lebih baik, sebab boleh menstruktur kewangan sendiri, urus sendiri dan tahu bagaimana nak urus, jadi tak ada masalah untuk mereka dan kerajaan mungkin boleh tingkatkan bentuk caruman itu,” katanya.

Justeru, beliau berkata penjawat awam akan datang tidak perlu merasa gusar dan yakin bahawa majikan iaitu kerajaan amat prihatin dengan nasib penjawat awam, sekali gus memastikan mereka juga akan mendapat faedah lebih baik.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2024 09:50 AM | Show all posts
Pulau Pinang bayar RM 1.2K you utk penjawat awam
Tahniah utk mereka penjawat awam di Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 09:55 AM | Show all posts
tak cukup ke RM2K? bersyukurlah. klu gred 11 tu nilai RM2k ibarat sebulan ke sebulan setengah gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 8-3-2024 09:55 AM
tak cukup ke RM2K? bersyukurlah. klu gred 11 tu nilai RM2k ibarat sebulan ke sebulan setengah gaji.

Ada setengah tu buleh jadi dah habis dibelanjakan. Kalau yang bujang, buleh la menyimpan. Kalau yang ada family tu la yang kena guna untuk tampung perbelanjaan. Guna untuk persiapan sekolah anak2, persiapan sambut ramadhan lagi. Harga barang makin mahal, so paham2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:38 AM | Show all posts
Woi, bukan baru dapat ke 2k ..gila ke asik meminta je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:38 AM | Show all posts
tak payah la bagi bantuan bagai....dah mcm2 subsidi korang tarik selama2nya.....pastu nak gula2kan kita orang ngan bantuan yg one off....

pastu yg teraniaya seluruh rakyat....yg dapat bantuan dua tiga orang je....mcm nak mencarut rasa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2024 10:39 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 8-3-2024 10:22 AM
Ada setengah tu buleh jadi dah habis dibelanjakan. Kalau yang bujang, buleh la menyimpan. Kalau ya ...

2k itu mmg dah diberikan utk sekolah + raya....nak sibuk guna utk persiapan ramadhan apa nya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:42 AM | Show all posts
vanilacup replied at 8-3-2024 09:50 AM
Pulau Pinang bayar RM 1.2K you utk penjawat awam
Tahniah utk mereka penjawat awam di Pulau Pinang

stgh bln gaji atau min 1.2k
hjg thn lps dah bg, utk raya ni pun bg lg.
untung state staff.

federal 2k tu jelah rangkum semua sekali.
rasa mcm btuahnyaaa nak dpt lg utk raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
penat la ko ni kopeks, dah mcm bewak hidup
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:49 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 8-3-2024 09:55 AM
tak cukup ke RM2K? bersyukurlah. klu gred 11 tu nilai RM2k ibarat sebulan ke sebulan setengah gaji.

gred 11 tu untung la, rmh low cost dpt, bantuan rahmah2 segala dpt, cukai tak payah byr, subsidi sana sini ada..
cuba bygkan yg M40, 2k tu tak sampai stgh bln gaji pun.

2k kat png ni nak buat byr rmh (bkn low cost) pun nyawa2 ikan.
gred 11 tu mungkin byr rmh low cost dia RM200 saja sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 10:58 AM | Show all posts
fish replied at 8-3-2024 10:49 AM
gred 11 tu untung la, rmh low cost dpt, bantuan rahmah2 segala dpt, cukai tak payah byr, subsidi s ...

jgn kira nak bayar sewa rumah, bayar kereta dan etc. cuba melihat 2K tu cukup tak dgn persekolahan dan kegunaan syawal? sblm nie setiap anak2 sekolah dah dapat RM150.

I rasa, itulah yg menjadi isu, xcukup sbb nak fikir bayar benda lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:01 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 8-3-2024 10:39 AM
2k itu mmg dah diberikan utk sekolah + raya....nak sibuk guna utk persiapan ramadhan apa nya?

Ramadan derang nak makan kambing golek kut.  Actually, iols memang tak faham, bila bulan puasa memang kena masak lavishly ke? sebab iols sefamily makan macam biasa je sama macam makan hari2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:02 AM | Show all posts
AIK? Bukan 2k tu dh termasuk kan? apadaaa...

thn lepas tak silap RM700 (awal thn) +Rm700 (raya).. so RM2k tu more than thn sebelum. Bercukurlahhh weii
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah…kn dh ckp haritu… nnt 2 mggu nk raya merengek lg minta bantuan.. jgn bg sedebuk 2k… patut bg 3x bayaran dr bln 1-2-3 bru kupeks ni senyap..nk kata x cerdik kn marah tp tu lahh
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 8-3-2024 10:39 AM
2k itu mmg dah diberikan utk sekolah + raya....nak sibuk guna utk persiapan ramadhan apa nya?

Jadah sgt persiapan ramadhan kn? Mggu2 pegi pasar beli brang dapur mcm slalu jelah..apa nk special sgt nya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:08 AM | Show all posts
Samerosie replied at 8-3-2024 11:01 AM
Ramadan derang nak makan kambing golek kut.  Actually, iols memang tak faham, bila bulan puasa mem ...

nafsu semuanya sbb nak layan golongan sokongan. maaf cakap la. semua benda mereka kata x cukup. mggu lepas jumpa sedara mara. kerja gred 11. sekali tgk mak bapak besarnya TV dibeli. baru kerja 3 bulan dan buat pinjaman 20K nak beli motor dan sebagainya. at the end duit gaji xpernah cukup sbb gaya hidup. klu tegur nanti bermasam muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2024 11:09 AM | Show all posts
aechae replied at 8-3-2024 11:07 AM
Jadah sgt persiapan ramadhan kn? Mggu2 pegi pasar beli brang dapur mcm slalu jelah..apa nk special ...

patutnya ramadhan la belanja semakin sikit. nie bermewah nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 8-3-2024 11:09 AM
patutnya ramadhan la belanja semakin sikit. nie bermewah nampaknya.

Kita yg ada duit pn bajet utk makan ke brg dapur sama je bln puasa ke bln x puasa ke.. klu semiggu 3-4 ratus mmg stick to bajet lah.. xda nk special2 mkn buka puasa hari2..

Kawal lh perasaan n nafsu tuu.. lg2 yg dh berumur xkn xreti2 lg…
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak meminta bukan cuepacs la namanya.

Mintak naik gaji, mintak bonus raya, mintak imbuhan itu ini tapi perkhidmatan tara tu jugak. Bila nak tukar skim pencen ke skim epf meroyan tak puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:24 AM | Show all posts
baru dapat 2k kan....adeii tahu tak nak claim tax pun dah bnyk yang xdok...
udah le mcm x reti generate income...pastu lagi nak bg macam2...huhuuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.540314 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list