CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7000|Reply: 28

[Tempatan] Goodyear struktur operasi global, bukan hanya di Shah Alam, kata MB Selangor Amirudin Shari

[Copy link]
Post time 8-3-2024 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Goodyear struktur operasi global, bukan hanya di Shah Alam, kata Amirudin

https://www.freemalaysiatoday.co ... alam-kata-amirudin/

Shahrul Shahabudin
07 Mar 2024, 07:30 PM


Amirudin Shari berkata Goodyear mengambil langkah pengecilan operasi global untuk tingkat daya saing dengan Bridgestone dan Michelin. (Gambar Bernama)

Beliau berkata syarikat pengeluar tayar itu juga tutup operasi di AS dan Eropah Timur melibatkan 1,200 pekerja.

KUALA LUMPUR: Goodyear mula melaksanakan penstrukturan semula operasi globalnya sejak 2023, yang mana syarikat itu telah menutup beberapa kilang seperti di Amerika Syarikat (AS) selain di Shah Alam, kata Amirudin Shari (PH-Gombak).

Menyuarakan pandangannya susulan kenyataan Goodyear semalam mengumumkan penutupan kilangnya di Shah Alam pada Jun, Amirudin berkata pengeluar tayar itu juga menutup operasi di Ohio, AS, termasuk memberhentikan 1,200 pekerja di Eropah Timur dan mengecilkan operasi di Afrika dan Asia pada 2023.

Katanya, pengecilan operasi sebahagian proses penstrukturan semula perniagaan Goodyear, dengan syarikat itu mendakwa kesukaran bersaing dengan pengeluar tayar seperti Bridgestone dan Michelin.

“Saya telah membaca laporan tahunan mengapa syarikat itu tutup (sebahagian operasi) dan menyusun semula segalanya. Mereka perlu susun semula (operasi perniagaan), kos tinggi, manakala kos buruh di negara seperti Vietnam adalah rendah,” katanya yang juga menteri besar Selangor ketika perbahasan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Semalam, Presiden Goodyear Asia Pacific Nathaniel Madarang, mengumumkan penutupan kilang di Shah Alam menjejaskan 550 pekerja, namun langkah itu perlu dilaksana bagi menjajarkan semula operasi syarikat.

Kilang di Shah Alam mula beroperasi pada 1972, walaupun Goodyear telah bertapak di Malaya sejak 1929. Syarikat itu membekalkan tayar kepada Proton Saga ketika model kereta pertama negara itu mula dikeluarkan pada 1985.

Susulan pengumuman berkenaan, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz menyeru kerajaan bertindak segera terhadap perkembangan berkaitan penutupan premis itu.

Rafidah berkata, kerajaan harus menghimpun maklumat menyeluruh bilangan syarikat yang telah menghentikan operasi di Malaysia dan menganalisis faktor di sebalik penutupan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2024 09:52 AM | Show all posts
Wan Hadi yg sgt famous di Tik Tok buat video kata persaingan jenama tayar sengit lagi2 skrg byk brand tayar dari China muncul..maka impak pd Good Year utk run kos operasi mereka. Di luar negara pun ada kilang2 Good Year ditutup operasi. Begitulah faktanya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:05 AM | Show all posts
tutup di Malaysia dan buka di Vietnam, kesimpulanya ? Malaysia gagal kekalkan pelaburan luar. klu nak struktur dan kecilkan operasi kenapa nak buka tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:50 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 8-3-2024 11:05 AM
tutup di Malaysia dan buka di Vietnam, kesimpulanya ? Malaysia gagal kekalkan pelaburan luar. klu na ...

I tak rasa dia buka kat vietnam sebab dia dah memang ada plant kat vietnam dah.  Sebelum Malaysia, dia dah start tutup banyak kilang dia, kat US, France, ANZ, Taiwan, kat Philippines etc. Lepas ni derang nak close 2 plants kat Germany pula.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Buka vietnam sb kos buruh murah

Dlm erti kata lain dia slhkan ko rkyat msia demand sgt bab gaji
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapok tua sembang pelabur luar berkepuk2 nak masuk tp realiti pelabur yg sedia ada berkepuk2 nk blah dari madanon...hang kate hang terer jaga negara..puihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2024 12:22 PM | Show all posts
Malaysia jadi supplier getah ja la. Nak buat tayar harap amerika juga.

btw aku pakai Michelin tak pasti buatan mana. Siam mari kot

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 12:30 PM | Show all posts
kerajaan madanon dah tak pandang dah kilang2 tayar kot

dorang fokus nak reka chip AI sekarang ni

macam biasalah sembang biar kencang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka suka tayar dunlop.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 02:28 PM | Show all posts
bila goodyear nak tutup kemain gelupo...tapi sendiri yang dok boikot sana sini syarikat lain, boleh plopppp...kemain boikot semata2 nak pejuangkan nasib org lain, sedangkan anakbangsa sendiri terkulat2.....puiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 02:51 PM | Show all posts
bukan setakat Goodyear je, banyak big company (global)  dekat Malaysia dah start kecilkan staf and tutup mana mana department yang tak berkenaan.. tp kiranya Goodyear ni macam bagi short notice jugak.. sempat ke pekerja nak cari kerja baru?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-3-2024 12:22 PM
Malaysia jadi supplier getah ja la. Nak buat tayar harap amerika juga.

btw aku pakai Michelin tak p ...

Tgk size. Kalau stakat 15inch production thailand. Tayar saiz besar like 18 19 20 cina mali
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tayar goodyear mahal...!!!! Tapi berbaloi la performance nya. Nak boikot ke taknak ???
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tayar pawau tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 07:00 PM | Show all posts
Samerosie replied at 8-3-2024 03:50 AM
I tak rasa dia buka kat vietnam sebab dia dah memang ada plant kat vietnam dah.  Sebelum Malaysia, ...

Sembang bab gaji minimum Malaysia Thailand Filipina Indonesia kalah tanpa bertanding
dengan vietnam. sebab gaji minima di vietnam cuma RM 600 - RM 1000 sebulan.
yang paling penting tak perlu import warga asing bekerja di vietnam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 07:06 PM | Show all posts
vanilacup replied at 8-3-2024 01:52 AM
Wan Hadi yg sgt famous di Tik Tok buat video kata persaingan jenama tayar sengit lagi2 skrg byk bran ...

Biasanya yang bungkus ni sebab target dia value market. bila pengguna ada option lain. mmg di tinggal gitu je option lama.
kalau i jadi goodyear i buat sub-brand baru. logo baru. theme colour baru.
tapi main market premium jadi termurah.

ada youtuber ex-oppo kata warna2 yang kita biasa tengok pada satu brand
contoh warna biru pada goodyear atau warna hijau pada oppo , warna kuning pada Poco
mempengaruhi pemikiran mereka yang membeli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2024 01:59 PM | Show all posts
gigahertz replied at 8-3-2024 07:06 PM
Biasanya yang bungkus ni sebab target dia value market. bila pengguna ada option lain. mmg di ting ...

Dah rasa pakai mcm2 brand tayar mcm makin lama tayar buatan masakini kurang kualiti sbb bertahan ada bunga dlm 1 thn je..lepas 1 thn standby duit nak tukar tayar..rasa tertipu dan rugi pun ada.Nak salahkan struktur jalan sepenuhnya tak terkata. Patutnya tayar tu kena buat tahan lasak...
Ni nak pakai Continental balik dan nak tengok ok ke tak kualiti boleh pergi berapa thn ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 02:09 PM | Show all posts
kilang katup ni ada jualan murah tayar 15 tak? saya nk 1 je
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodyear selamat pulang.


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 05:25 AM | Show all posts
vanilacup replied at 11-3-2024 05:59 AM
Dah rasa pakai mcm2 brand tayar mcm makin lama tayar buatan masakini kurang kualiti sbb bertahan a ...

u tayar kalau nak tahan lama isi gas nitrogen
gas ni kedai biasa takde. official kedai tayar je ada.
macam kedai TyrePlus. satu tayar RM 5 so 4 ketul = RM 20 utk sebiji kereta.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.085590 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list