CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11315|Reply: 124

[Tempatan] Ibu tunggal tujuh anak hidup bergantung pencen suami

  [Copy link]
Post time 8-3-2024 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Ibu tunggal tujuh anak hidup bergantung pencen suami

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ntung-pencen-suami/

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
8 Mac 2024, 8:56 am


Nurul Afeeza (tiga dari kanan) bersama anak-anaknya di kediaman mereka di Taman Indah, Ayer Tawar, Sitiawan baru-baru ini.

MANJUNG – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dilalui seorang wanita apabila terpaksa seorang diri membesarkan tujuh anak termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) intelektual sejak kematian suaminya dua tahun lalu.

Nurul Afeeza Mohd. Tarmedi, 30, berkata, tanggungjawab ­ber­kenaan lebih sukar apabila dia tidak mempunyai mata penca­rian selepas terpaksa berhenti sebagai penghantar barang kerana menjaga kesemua anaknya termasuk anak OKU yang hiperaktif.

Menurutnya, suami­nya, Haber Puyung, 58, meninggal dunia pada 2022 akibat darah tinggi dan dia dikurniakan anak berusia antara tiga hingga 14 tahun.

“Anak sulung saya yang juga OKU tidak boleh dibiarkan sendiri kerana dibimbangi akan mencederakan diri sendiri atau adik beradiknya yang lain.

“Dia sebelum ini suka bermain dengan air dan kini dengan api di dapur,” katanya semalam.

Bercerita lanjut, Nurul Afeeza berkata, detik dia bergelar ibu tunggal apabila suaminya tiba-tiba rebah ketika sedang berurusan di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kuala Lumpur akibat kehila­ngan pekerjaan.

“Suami menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari ditidurkan. Pemergiannya membuatkan saya sangat terkejut dan menjadi murung selepas itu. Tambahan pula ketika itu saya sedang mengandungkan anak bongsu,” katanya.

Menurutnya, ketika ini, kehidupan mereka bergantung kepada pencen suami berjumlah RM1,200 sebulan serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM700.

“Selain perbelanjaan harian, saya juga perlu membayar sewa rumah RM400 sebulan. Kereta kami masih di bengkel kerana tidak cukup duit,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nurul Afeeza di talian 011-7005 7435 atau menyalurkannya ke akaun Maybank 158181298541 (Nurul Afeeza).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 10-3-2024 11:17 AM

Ramadan ni ramai yg mintak derma sana sini.Yg betul susah mcm ni  boleh lah ulur bantuan.
Kawen umur 14 tahun ke dek, baru 30 anak sulung dah 14 th, bior betul...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 12:10 PM | Show all posts
total rm1900, duit sewa rumah rm400, tinggal rm1500 utk perbelanjaan.  duduk di manjung.  rasanya kalau pandai berjimat, boleh kot untuk survive.  pemberita pun jgn lah menggalakkan org meminta-minta dgn menyiarkan berita mcm ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sp ada rezeki lbh nak bantu blh la bantu. Tp at the same time rasanya pihak berwajib perlu kuatkuasakan undang2 mcm kat us. Kalo family tu x berkemampuan utk jaga anak, pihak kerajaan blh ambik anak tu Dan serahkan pd pusat kebajikan utk jaga. At least kebajikan anak tersebut akan lbh terjaga Dan at same time blh kurangkan beban si ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan dan simpati. Moga Allah swt murahkan rezeki mereka sekeluarga dan permudahkan segala urusan dunia ni amin.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.at least dia dh berusaha cari duit sebelum ni.mungkin ni jalan terakhir nk keluar dari masalah dia.Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaflah..knp aku rasa income dia byk tp still dia kata tak cukuo.ke dia tak reti urus perbelanjaan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 02:49 PM | Show all posts
MOga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنُطْعِمُ مَن لَّوْ يَشَاءُ اللَّهُ أَطْعَمَهُ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

And when it is said to them: "Spend of that with which Allah has provided you," those who disbelieve say to those who believe: "Shall we feed those whom, if Allah willed, He (Himself) would have fed? You are only in a plain error."
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 03:52 PM | Show all posts
akusukaq replied at 10-3-2024 11:12 AM
Ramadan ni ramai yg mintak derma sana sini.Yg betul susah mcm ni  boleh lah ulur bantuan.
Kawen umur ...

kannn..beza umur pun 28 tahun dgn suami....jauh jugak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suh beranak ramai..patutnya plg2 pun stop at 3 ckplah...sendiri cari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 10-3-2024 05:29 PM
Sapa suh beranak ramai..patutnya plg2 pun stop at 3 ckplah...sendiri cari penyakit

Sepuluh tahun lagi stop at one. Dua puluh tahun lagi jangan kahwin. Sosialis banyak sonyum.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami umur 58 masih nk berbaby ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 06:55 PM | Show all posts
mejaputih replied at 10-3-2024 10:45 AM
Suami umur 58 masih nk berbaby ke?

yang i tak paham suaminya meninggal kat
-Bangunan Socso
-berada di situ sebab kehilangann pekerjaan.
- tetiba ada pencen.

i punya ? pencen tu pencen apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe akak Ni boleh buat kuih sikit2 kot
Untuk tampung belanja harian...
Bantuan tu ok juga..
Kalau takde apa kat rumah tu..boleh Minta bantuan zakat
Jadi bantuan jkm.tu takyah usik utk sewa
Hanya utk belanja anak2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 07:01 PM | Show all posts
krustykrab replied at 10-3-2024 06:47 AM
Maaflah..knp aku rasa income dia byk tp still dia kata tak cukuo.ke dia tak reti urus perbelanjaan.. ...

Mak i pernah hidup cam gini dulu. bezanya :
a) Tak payah bayar sewa 10 tahun. sebab rumah kakak.
b) Mengajar sekolah belakang rumah .
c) mmg takde maid atau pengasuh utk jaga termasuk i 6 orang

There no TnG , kereta pun pinjam saudara punya. tak pun jiran punya.
ex husband mak i pun jenis biawak juga.
kadang gi rumah saudara tengok dia ada dragonball komik ngan PS one gemuk tu
i rasa macam hina miskin giler .

seriously i cakap zaman i sekolah dari sekolah rendah ke menengah i tak suka cerita
sebab masa tu tengah miskin hina sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 10-3-2024 06:55 PM
yang i tak paham suaminya meninggal kat
-Bangunan Socso
-berada di situ sebab kehilangann pekerja ...

Mungkin ni pencen penakat dalam skim keliatan Perkeso yang dapat ke orang tanggungan selepas kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 07:04 PM | Show all posts
asamfish replied at 10-3-2024 04:10 AM
total rm1900, duit sewa rumah rm400, tinggal rm1500 utk perbelanjaan.  duduk di manjung.  rasanya ka ...

kalau nak bagi bantuan repairkan aje kereta yang kat bengkel tu.
kalau ada roadtax insuran nak mati. renew kan sekali.
jangan acik ni takde lesen dah la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 10-3-2024 03:12 AM
Ramadan ni ramai yg mintak derma sana sini.Yg betul susah mcm ni  boleh lah ulur bantuan.
Kawen umur ...

Kawen umur 16 kot. Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 07:12 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 10-3-2024 11:04 AM
Mungkin ni pencen penakat dalam skim keliatan Perkeso yang dapat ke orang tanggungan selepas kemat ...

tapi kan ketika kejadian arwah hilang keje.
masa kita hilang keje perkeso still cover ke ?
perkeso ni nak claim bapak punya susah.
kalau u gi kerja ikut jalan yang lain dari usual dah x boleh claim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.562514 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list