CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3031|Reply: 0

Hasrat Harimau Malaya kuasai Asean mungkin terjejas

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode

HARIMAU Malaya mungkin tidak dapat menyenaraikan skuad terbaik pada aksi Piala ASEAN ekoran pertindihan jadual aksi liga domestik dan Asia.

SKUAD Harimau Malaya mungkin ‘lumpuh’ tanpa kelibat pemain bintang apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dijangka meneruskan saingan Liga Super ketika kejohanan Piala ASEAN 2024 (dulu dikenali sebagai Piala AFF) berlangsung pada November depan.

Sebagai rekod, Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) minggu lalu telah membuat penjenamaan semula kejohanan berprestij dwitahunan dengan nama Piala ASEAN pada edisi 2024 bermula 23 November hingga 21 Disember nanti.

Ketua pegawai eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam mengakui buat masa sekarang tiada perancangan untuk menutup saingan domestik bagi memberi ruang kepada Piala ASEAN, tetapi masih terbuka untuk berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya ada keperluan.

Kata Stuart, agenda nasional sentiasa menjadi keutamaan, tetapi dalam masa yang sama perlu menilai keputusan terbaik kerana kejohanan peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selain liga serantau dijangka masih berlangsung.

“Seperti yang semua tahu, tarikh yang diumumkan oleh AFF itu turut bertindih dengan kejohanan AFC seperti saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elit dan ACL.

“Dua wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC bersaing dalam kedua-dua kejohanan terbabit.

“Justeru, perkara ini perlu dibincangkan dengan FAM yang boleh berkomunikasi dengan AFF untuk selaraskan semula kejohanan terbabit (Piala ASEAN),” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Stuart menganggap perubahan kalender domestik melibatkan liga di negara-negara serantau menjadi salah satu faktor mungkin kejohanan Piala ASEAN mungkin ‘tidak meriah’ nanti.

“Masalah ini bukan sahaja melibatkan Malaysia, malah negara-negara yang ada wakil bersaing di ACL Elit dan ACL 2 (seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura, Filipina, Kemboja) turut terjejas.

“Mungkin AFF boleh turut berbincang dengan persatuan negara-negara lain untuk menentukan tarikh terbaik kerana situasi ketika ini agak rumit dan titik penyelesaian perlu dicari,” katanya.

Sekiranya AFF mengekalkan tarikh tersebut, kemungkinan besar ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon pening kepala apabila terpaksa menggunakan khidmat pemain bawah 23 (B-23) sepanjang kejohanan yang dianggap ‘mini Piala Dunia’ itu nanti.

Skuad Harimau Malaya meletakkan harapan tinggi dalam usaha memburu trofi kedua Piala ASEAN selepas kali terakhir menang pada edisi 2010.

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... n-mungkin-terjejas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054464 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list