CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3424|Reply: 0

UCL: Strategi berani Guardiola menjadi

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode

CITY mengesahkan tempat ke suku akhir saingan UCL apabila meraih kemenangan selesa 6-2 secara agregat ketika menyingkirkan Copenhagen awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya keputusan untuk merombak kesebelasan utama adalah tepat apabila pasukannya masih mampu melakar kemenangan bergaya menewaskan Copenhagen 6-2 secara agregat awal pagi semalam.

Pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara itu, The Citizens selaku juara bertahan tidak mempunyai masalah untuk menyingkirkan Copenhagen dengan kemenangan 3-1 hasil jaringan Manuel Akanji, Julian Alvarez dan Erling Haaland.

Menurut Guardiola, tujuh pertukaran telah dibuat dalam kesebelasan utama kerana mahu memberi ruang dan peluang buat tonggak penting pasukan berehat sebelum mengharungi perlawanan getir bertemu Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.

“Saya perlukan pemain-pemain yang kurang mendapat minit permainan sebelum ini untuk beraksi kerana kita mengharungi jadual padat dengan tonggak utama masih kepenatan apabila bertemu Manchester United Ahad lalu.

“Bukan saya tidak mahu menghormati kejohanan UCL, tetapi saya percaya dengan kualiti semua pemain mampu untuk berikan yang terbaik dalam usaha membantu pasukan mara ke peringkat suku akhir.

“Pujian juga wajar diberikan kepada Copenhagen meskipun mereka tersingkir, mereka mendapat pengalaman cukup berharga apabila menentang United, Bayern Munich dan Galatasaray pada musim ini.

“Fokus pasukan sekarang perlu dialihkan untuk perlawanan liga seterusnya menentang Liverpool dan saya harap pemain berada pada tahap terbaik. Selain itu, kita tunggu sahaja undian suku akhir UCL pada minggu depan,” katanya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -guardiola-menjadi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.063751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list