CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3980|Reply: 0

PFAM gesa Perlis selesaikan hutang lapuk

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:00 AM | Show all posts |Read mode

PERLIS berpeluang untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka sekiranya berjaya diterima menyertai saingan Liga Super kali ini. - FB PERLIS UNITED FC

PASUKAN Perlis United belum boleh ‘senang hati’ sebaliknya perlu selesaikan hutang lapuk Persatuan Bola Sepak Perlis (Perlis FA) sekiranya berhasrat untuk bersaing pada kempen Liga Malaysia musim 2024/2025 kali ini.

Pandangan tersebut disuarakan oleh Presiden Persatuan Pemain-pemain Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali yang mahu penilaian semula dibuat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum memberikan lesen kepada skuad Singa Utara.

Kata Safee, keputusan untuk menaikkan pangkat Perlis United adalah perkara yang positif, tetapi daripada aspek perundangan masih tidak dibenarkan kerana banyak hutang lama termasuk kes FIFA yang belum diselesaikan.

“Pada saya, biarlah kes lama selesai dahulu termasuk tunggakan hutang FIFA bernilai RM5 juta sebelum pasukan itu diberikan peluang untuk bermain di peringkat tertinggi.

“Secara peribadi, saya sokong Perlis dinaikkan semula kerana mereka memang ada penyokong salah satu pasukan bertaraf negeri.

“Namun, nama (Perlis) dalam sistem perundangan pun dah tak boleh digunakan untuk Liga M kerana mereka masih lagi mendapat sokongan Perlis FA.

“Mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang Perlis FA lakukan dan lebih baik selesaikan dahulu segala hutang lapuk dan mungkin FIFA boleh tarik balik hukuman tersebut.

“Bekas-bekas pemain serta jurulatih juga sudah menunggu lama hutang dan jika mereka ada dana, boleh buktikan dengan untuk melangsaikan hutang terbabit,” katanya.

Safee merupakan seorang daripada pemain yang menjadi ‘mangsa ‘ skuad Singa Utara yang telah dijenamakan sebagai Perlis Northern Lions pada awal 2019 sebelum tarik diri daripada saingan Liga Premier ketika itu.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... aikan-hutang-lapuk/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049686 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list