CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5676|Reply: 0

Schick selamatkan maruah Leverkusen

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:07 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Bayer Leverkusen, Patrik Schick (tengah) menanduk masuk gol penyamaan ketika menentang Qarabag FK pada aksi pertama, pusingan 16 terakhir Liga Europa di Stadium Republikan Tofiq Bahramov, Baku awal pagi tadi. – Foto AFP

BAKU: Patrik Schick menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan buat Bayer Leverkusen untuk memaksa keputusan seri 2-2 di Qarabag pada aksi Liga Europa awal pagi tadi sekali gus melebarkan rentetan tanpa kalah mereka kepada 35 perlawanan.

Leverkusen kendalian Xabi Alonso tidak kalah sepanjang musim ini namun mereka terpaksa bangkit daripada ketinggalan 2-0 pada perlawanan pusingan 16 terakhir di Azerbaijan.

Pasukan tuan rumah, yang ditundukkan dua kali oleh Leverkusen pada peringkat kumpulan, mendahului dua gol ketika rehat susulan jaringan Yassine Benzia dan Juninho.

Alonso melakukan lapan perubahan dalam kesebelasan utama ketika pasukannya yang mendahului 10 mata di puncak Bundesliga, terus bersaing untuk merebut trofi dalam tiga pertandingan.


Hampir mengalami kekalahan pertamanya dalam perlawanan kompetitif sejak Mei 2023, jurulatih itu merombak pasukannya pada babak kedua.

Florian Wirtz membalas satu gol dengan berbaki 20 minit menerusi satu sepakan lambung yang menarik, hanya 12 minit selepas dimasukkan.

Schick, seorang lagi pemain gantian Alonso, turut menyamakan kedudukan 12 minit selepas masuk, menanduk padu hantaran Robert Andrich pada minit kedua masa kecederaan.

"Lawan kami nyata bersiap sedia dengan baik untuk bertemu kami," kata Wirtz. "Kami membuat beberapa perubahan ketika rehat dan ia ternyata menjadi - malah kami berpeluang untuk menang sebenarnya."

Keputusan seri itu, yang kelima buat Leverkusen daripada 35 perlawanan musim ini selain 30 kemenangan, memastikan pasukan Alonso mempunyai kelebihan bagi aksi timbal balik di Jerman minggu depan. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-maruah-leverkusen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.413825 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list