CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13001|Reply: 101

[Tempatan] Duit Tabung Haji lesap: Tabung Haji dedah wang dipindah ke akaun bank pengadu sendiri

  [Copy link]
Post time 8-3-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Duit Tabung Haji lesap: TH dedah wang dipindah ke akaun bank pengadu sendiri

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ank-pengadu-sendiri

Zanariah Abd Mutalib
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: Mac 7, 2024 @ 7:24pm


JABIDAH menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan wang simpanannya. FOTO Mohd Roji Kawi.

Kuala Lumpur: Susulan laporan mengenai seorang pendeposit Tabung Haji yang mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain, Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati, pemindahan wang itu adalah daripada akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri.

Perkara itu dimaklumkan TH dalam satu kenyataan, hari ini.

"Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan di media hari ini, siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah dari akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri," katanya.

Hari ini, seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain serta dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018.

Bagaimanapun, kehilangan wang itu hanya disedari Datuk Jabidah Monseri, 66, pada 30 November tahun lalu.

Selepas bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 2017, Jabidah ditawarkan jawatan baharu sebagai Pengerusi Unimas Holdings iaitu anak syarikat milik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Berikutan terlalu sibuk dengan tugas baharu, beliau tidak mengemas kini akaun Tabung Hajinya sehingga terjumpa semula buku akaun pada November tahun lalu dan mengemaskini akaun itu di pejabat TH di Kuching.

Bagaimanapun katanya, beliau hampir pengsan sebaik sahaja kerani yang membuat semakan memberitahu akaunnya hanya berbaki RM1,816.74, sedangkan wang dalam akaun itu sepatutnya lebih RM31,000.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Malu sendiri la kau kan mokcit.

Ghairah ikut nepsu fefeling kau je betol terus nak war2kan instead of going throguht proper channel for checking
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 03:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Lupa ingatan ke? Dato pon ada 30k++ je acc TH.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari awal kes ni dh pelik
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkin jugek dia dah pergi haji jd.. dia tk tengok sgt baki acc TH dia.  cuma bila nk pergi umrah baru sedar.
tp isu nya. masa duit kat TH tk cukup, kecoh. tp duit bertambah dlm acc bank 30k tak bertanya² ke.. mana dtg duit...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Last week aku dengar podcast F&N. Memang ada cerita pasal makcik ni. Sebenarnya waktu withdraw duit kat mesin, makcik ni mungkin tak perasan yg dia withdraw dari tabung haji dan bukan dari akaun simpanan. Tabung Haji pun dah beri penjelasan. Tapi makcik ni tak mi ta maaf pun atas kesilapan dia sendiri tuduh Tabung Haji hilangkan duit dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah ilang ingatan ke huhu
Btw dia datuk? Tgk mcm mak2 org yg ada kat umah org lain je
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 10-3-2024 08:07 AM
mungkin jugek dia dah pergi haji jd.. dia tk tengok sgt baki acc TH dia.  cuma bila nk pergi umrah b ...

Kan... Lain la duit. Juta2. Mcm bajibon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 08:40 AM | Show all posts
lain kali makcik check dulu betul2...kan dah termalu sendiri...dah tua dah pun, kenapa gopoh sgt nak salahkan org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 08:49 AM | Show all posts
Buat banyak transaction pun takkan lupa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 08:52 AM | Show all posts
ultra78 replied at 10-3-2024 08:16 AM
Last week aku dengar podcast F&N. Memang ada cerita pasal makcik ni. Sebenarnya waktu withdraw duit  ...

faiz ni tak tau ke boleh kuarkan duit ASB pakai apss asnbmy tu...halah sapa yg tak tau teknologi ni skrg....mamat nilately ada flex2 skit lepas dah ada income lebat ni mcm malas plak nak nengok...dulu ok je, tp sejak dia buat perangai eksen masa nak reveal plak youtube dia I turn off dah nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 10-3-2024 03:41 AM
Lupa ingatan ke? Dato pon ada 30k++ je acc TH.

maybe dia dah pergi haji pastu tak gunakan th as a saving acc dia. so logik la.

iols yg masih menunggu panggilan haji ni pun ada 1300 je dlm acc. bkn wajib pun menyimpan dlm th.

***nenek dah lupa ingatan ke masuk dlm saving acc yg lain??? halahhhh kecoh satu msia ujung2 tak kemana pun duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 10-3-2024 08:52 AM
faiz ni tak tau ke boleh kuarkan duit ASB pakai apss asnbmy tu...halah sapa yg tak tau teknologi n ...

tp apps myasnb blh keluarkan max 2k je sebulan. kalau nak keluar byk pergi ke kaunter la jugak jwbnya.
bagus la rules camni baru namanya tempat menyimpan
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 10-3-2024 08:22 AM
Lah ilang ingatan ke huhu
Btw dia datuk? Tgk mcm mak2 org yg ada kat umah org lain je

Kan. Dgn tudungnya terkelepek mcm tu. Tah camna pulak blh dpt jadi pengerusi unimas.

Teringat iols kat GB sekolah rendah anak iols. Weols gi jumpa dia, selekeh mcm ni la dgn mulut berbau kari
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 10:33 AM | Show all posts
Dah masuk akaun sendiri pun. Ingat masuk akaun org lain. Nyanyuk lah ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik! Duit makcik tak hilang makcik…
Yg hilang mungkin ingatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 12:06 PM | Show all posts
mmg something wrong with this makcik. sheols tekan kan kesibukan sheols as acik gomen ternama and yet dalam 30k jer duit sheols dalam th which is vbery the celah gigi for someone like her very the typical acik gomen ternama yang berlagqk and suka blame pipol
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nyanyok la tu..tu yang kamek kitak kamek kitak kat bangunan Tabung Haji tu kot.

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana la acik Ni dalam organisasi dia?
Dia slalu blame.orang lain tak bila Ada apa apa isu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 12:56 PM | Show all posts
Kalau level acik2 sayur rasa nak tuduh jadi keldai akaun tapi tah lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.116586 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list