CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9626|Reply: 28

[Jenayah] Pelepasan Banduan Berlesen

[Copy link]
Post time 8-3-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 9-3-2024 10:15 PM

Saifuddin tagih sokongan ke atas program tahanan penjara di rumah



IPOH: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta masyarakat memberi sokongan kepada program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah (home detention).


Ia dalam usaha mengurangkan kesesakan di penjara.


Beliau berkata cadangan kerajaan memulakan program tahanan rumah itu tidak seharusnya difahami dengan naratif yang negatif kononnya dengan hasrat mahu meletakkan banduan dikenakan tahanan di rumah berbanding dipenjarakan.


“Saya hendak sanggah naratif ‘nakal’ yang dimainkan segelintir media kononnya dengan pelaksanaan tahanan runah ini bermaksud hendak letak Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) bawah penahanan di rumah. Punyalah nakal (naratif) sampai tak boleh tengok perspektif hendak kurangkan kesesakan penjara,” katanya.


Tambah Saifuddin, PBSL disasarkan khusus untuk kategori (banduan) tertentu dan bagi mereka yang dijatuhi hukuman penjara kurang dari empat tahun. Bagi banduan yang layak, penyertaan akan diputuskan oleh satu panel khas.



“Ia tak akan mengancam masyarakat kerana dia ada proses, panel yang akan melihat bagaimana kes sesuatu banduan itu,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, di sini hari ini.


Kata Saifuddin lagi, ketika ini terdapat kira-kira 80,000 banduan ditempatkan di 43 penjara seluruh negara dengan kadar nisbah 244 banduan bagi 100,000 orang penduduk. Ini sekali gus melebihi kadar nisbah piawaian antarabangsa iaitu 145 banduan bagi 100,000 orang penduduk.


Jelas Saifuddin, pihaknya sedang mengkaji sama ada perlu wujud satu akta atau peraturan baharu berhubung pelaksanaan PBSL. Kelmarin, Saifuddin mengumumkan bahawa kerajaan secara prinsip bersetuju untuk memulakan PBSL membabitkan penghuni penjara daripada individu yang berpenyakit kronik, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu mengandung.


Pada masa sama, banduan terbabit masih perlu memakai gajet atau peranti khas. Katanya, menerusi program sedemikian yang mirip seperti sistem parol, kerajaan bukan sahaja dapat menangani masalah kesesakan penjara malah mampu menjadi langkah penjimatan kepada negara.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2024 01:01 PM | Show all posts
Kesesakan penjara:  buatlah penjara baru. Apa masalah kau eh?

apa fungsi gomen kalau nak bina penjara pon jadi masalah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 01:07 PM | Show all posts
“Ia tak akan mengancam masyarakat kerana dia ada proses, panel yang akan melihat bagaimana kes sesuatu banduan itu,” katanya.


Pemandu lori tolak kekasih jatuh kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH Setia Alam, Seksyen U13 28 Februari : Semakan polis mendapati suspek ada tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah, manakala ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis ganja.




Ini lah jadinya bila yg patut dibiarkan merengkok dlm penjara kau beri ihsan.
kau dukung civl liberty kengkunun to be humane.




kapla jubs la woi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2024 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 8-3-2024 01:01 PM
Kesesakan penjara:  buatlah penjara baru. Apa masalah kau eh?

apa fungsi gomen kalau nak bina penja ...

Mesti kes takde duit la nie.. semua dia nak cut, tue yg dtg idea merepek meraban camni..

Zaman madani nie idea pelik² jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2024 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 9-3-2024 10:51 PM
Mesti kes takde duit la nie.. semua dia nak cut, tue yg dtg idea merepek meraban camni..

Zaman m ...

Pembuat dasar ni semua dlm kepompong dia dgn pulis outrider bagai dia tak nampak kesan sosial bila jenayah tidak ditangani sewajarnya.

Pastu dia kengkunun terkejut kenapa inner city kids mengidolakan gaya hidup rempit, Ayah long atau kongsi gelap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2024 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa jaman najib dia perkenalkan sistem parol sbb kesesakan penjara.

Jaman pmx. Utk tahanan rumah sbb kesesakan penjara.

Aku betol kenot brain pemikiran cibai mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2024 07:12 AM | Show all posts
Tahniah madanon
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Banduan2 liwat mesti akan diberikan keutamaan untuk dilepaskan, kan? Pengerusi alumni mereka dah berada di luar penjara.. Menjadi contoh tauladan kepada adik-adik banduan peliwat yang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok saja tak kan lah mahu tambah cost untuk + correction centre... Seperti bagi kepada banduan yang hampir tamat or jenayah kecil seperti curi milo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 10-3-2024 12:39 PM
Ok saja tak kan lah mahu tambah cost untuk + correction centre... Seperti bagi kepada banduan yang h ...

Mari kita lihat hasil soft approach to crime di negara maju spt amrrekka.

Curi kereta berleluasa.

Gerombolan shoplifting masuk berkali2 sampai retail outlets tutop sbb takleh tahan.

Aku tanak this degeneration of law and order utk berlaku di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dolu2 ada org citer puhlis bg taklimat, habaq kat deme yg ada org curi singgit sbb nak masuk jel dpt free mkn pakai siap pakej blajaq skill teknik lepaih tu..

Now org sama, balik ke umah yg mmg sedia takde makan.. sapa nak pantau?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jugak idea ni

Rakyat dah berlatih masa kuarantin covid dulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut suh mereka buat khidmat masyarakat
Cuci jamban... cuci sampah kat pantai... cuci longkang.. dari lepas dok rumah
Satu kerja pula famili nk kena sara
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 05:49 PM | Show all posts
patut yg kena 302 dan didapati bersalah, hukum bunuh terus..tak perlu penjarakan 20-30 tahun...membazir duit tax payer jer....mcm recent case yg bunun kawan sendiri tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 10-3-2024 08:11 AM
Banduan2 liwat mesti akan diberikan keutamaan untuk dilepaskan, kan? Pengerusi alumni mereka dah ber ...

Siapa nak liwat pak ko? Kalau semua peliwat dihumban kepenjara to the maximum term? Jumlah Peliwat skg dah semakin memupus tau..kalo pelawok ramai ler....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Meraban sgt...pekata bior dipenjara kt rumah2 menteri madani jek......rumah2 kome musti ada guard kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 10-3-2024 07:36 PM

Mohon lepaskan najib juga ye melalui program ni jika boleh. Najib dh tua comel pula tu. Sian dia dlm penjara lama2 dh tua2 ni. Kaji selidik terkini ramai yg masih sayang najib

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 8-3-2024 01:01 PM
Kesesakan penjara:  buatlah penjara baru. Apa masalah kau eh?

apa fungsi gomen kalau nak bina penja ...

Benda yg sama dalam fikiran aq bila dengar pasal hal ni dalam berita tv3,lepas tu kalo jadi apa2 baru la reti nk bukak mata,hanat betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 10-3-2024 04:45 PM
kasibiman replied at 9-3-2024 11:54 PM
Mari kita lihat hasil soft approach to crime di negara maju spt amrrekka.

Curi kereta berleluasa. ...


Jauh ko pergi amerika... Ko sendiri bagi awal statement yang malaysia pernah buat... Tanya aku pula...  and ketika MCO dahulu pernah buat juga ada thread... Ko sendiri boleh kaji sendiri jenayah prisoners yang dapat lisence ini untuk malaysia bukan amerika mana mana negara maju lain...
Era bangnon banyak uturn if tidak bagus heshe tidak buat...walaupun era jadi opponent banyak guleng di jalan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kasibiman at 11-3-2024 10:20 AM
Dwdrum replied at 11-3-2024 08:44 AM
Jauh ko pergi amerika... Ko sendiri bagi awal statement yang malaysia pernah buat... Tanya aku pul ...


Policy: soft approach to crime
In San Francisco, police cannot arrest anyone for shoplifting under a felony charge if the goods stolen are under $950. Instead, SFPD is often held to its "citation release" policy, meaning that most shoplifters are just given a fine of no more than $1,000 and let go.31 Aug 2023


Kesan:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.093576 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list