CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 0

EPL: Man. United harapkan Maguire kembali

[Copy link]
Post time 9-3-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode

MAGUIRE terlepas dua aksi EPL sebelum ini ketika United berdepan kekalahan pada aksi tersebut dan bolos lima gol.

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire dijangka kembali memperkuat pasukan itu menjelang aksi menentang Everton malam ini selepas terlepas dua perlawanan menentang Nottingham Forest dan Manchester City sebelum ini.

Berita tersebut sedikit melegakan pengendali pasukan tersebut, Erik Ten Hag yang mungkin kehilangan 10 pemain pada aksi berkenaan ketika mereka terdesak untuk meraih kemenangan selepas tewas dua perlawanan berturut-turut.

Kehadiran Maguire dianggap penting untuk menambah kekuatan benteng pertahanan pasukan itu yang bolos lima gol dalam perlawanan menentang Fulham dan City selepas mereka kehilangan dua tonggak, Lisandro Martinez dan Luke Shaw untuk jangka panjang.

Ketiadaan Maguire juga menyebabkan Ten Hag tidak mempunyai pilihan kecuali menggandingkan Raphael Varane dan Jonny Evans sebagai pertahan tengah, manakala Victor Lindelof sebagai bek kanan

Biarpun masih belum ada pengesahan rasmi mengenai kemungkinan Maguire akan diturunkan, laporan menyebut bahawa United akan melakukan apa sahaja untuk memastikan pemain itu berada dalam kesebelasan utama.

Kemenangan ke atas Everton di Old Trafford sangat penting buat Ten Hag yang berdepan tekanan memuncak ketika ini apabila United ketinggalan 11 mata di belakang Aston Villa yang berada di kedudukan keempat liga.

Pengendali dari Belanda itu perlu memastikan United mampu layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan sekiranya mahu kekal atau terpaksa berdepan pemecatan ekoran kegagalan itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... an-maguire-kembali/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051678 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list