CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1700|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kongsi rezeki sempena Ramadan, Aidilfitri

[Copy link]
Post time 9-3-2024 11:28 AM | Show all posts |Read mode

NORAINI (lima dari kanan) bersama Ameer (tiga dari kiri) melancarkan Menu Rahmah Bazar Ramadan Mydin pada pelancaran Happening Raya. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) melancarkan kempen Happening Raya sempena ketibaan Ramadan dan Aidilfitri dengan menawarkan penjimatan dan pilihan barangan persiapan musim perayaan itu.

Sepanjang kempen berlangsung, pelbagai promosi barangan, aktiviti kebajikan serta peraduan menarik dengan ganjaran lumayan dijanjikan kepada masyarakat khususnya pelanggan setia Mydin.

Pengarah Urusannya Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya mengambil kesempatan untuk mengukuhkan lagi jalinan persaudaraan dengan masyarakat melalui Program Jelajah Iftar Ala Madinah sepanjang bulan Ramadan ini.

"Suka saya katakan di sini, pihak kami berbesar hati untuk berkongsi rezeki melalui agihan pek makanan iftar percuma kepada lebih 11,000 pengunjung di tujuh cawangan Mydin terpilih.


"Mydin turut mengadakan pelbagai peraduan menarik antaranya 'Kongsi Kisah Perabot Impian' dengan hadiah perabot bernilai keseluruhan RM30,000 kepada pelanggan yang bertuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pelancaran Happening Raya yang disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, di Mydin Seremban 2, kelmarin.

Tambahnya, Mydin bersama hampir 50 syarikat mengumpul dana untuk disalurkan kepada golongan B40 yang dikenal pasti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Sumbangan yang terkumpul melalui pembelian produk terpilih akan disalurkan dalam bentuk persiapan pakaian baharu dan bakul makanan bagi memeriahkan perayaan mereka.

"Insya-Allah, tahun ini kami berharap agar sasaran dana sebanyak RM250,000 dapat dicapai agar dapat membantu lebih ramai meraikan Aidilfitri dengan lebih bermakna," katanya.

Jelas Ameer, Mydin juga menganjurkan Bazar Ramadan Indoor di cawangan pasar raya besar dengan menawarkan lebih 100 juadah berbuka puasa selain menawarkan Menu Rahmah.

Beliau berkata, Mydin bersama rakan niaga akan mengedarkan sebanyak 45,000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai khususnya pelanggan di cawangan terbabit.

Katanya lagi, kali ini Mydin bekerjasama dengan aplikasi bayaran digital iaitu Boost dan SPayLater bagi menawarkan pulangan tunai RM5 bagi setiap perbelanjaan minimum RM50 menggunakan aplikasi itu.

Sementara itu, Noraini berkata, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) juga mempunyai peranan masing-masing untuk membantu usaha memperkasa institusi kemasyarakatan dalam pengoperasian perniagaan mereka.

"Dalam usaha memastikan kestabilan sosial dapat dicapai, negara memerlukan institusi keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan atau resilient.

"Saya ingin memuji inisiatif dijalankan Mydin sebagai responsible retailer yang memainkan peranannya memperkukuh usaha pemerkasaan sosial dengan cara mereka tersendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ramadan-aidilfitri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.084692 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list