CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3936|Reply: 0

Peratus kemenangan Ten Hag atasi Klopp, Arteta

[Copy link]
Post time 9-3-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Erik ten Hag menegaskan musim keduanya di Manchester United pasti akan berbeza jika skuadnya tidak dibelenggu kecederaan. - Foto AFP

MANCHESTER: Erik ten Hag menegaskan musim keduanya di Manchester United pasti akan berbeza jika skuadnya tidak dibelenggu kecederaan.

Pengendali dari Belanda itu sedang bergelut menyelamatkan jawatannya selepas berjaya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ketiga dan memenangi Piala Liga musim lalu.

Namun Ten Hag percaya kecederaan pemain-pemain utama menyukarkannya untuk mengekalkan pencapaian itu, dengan 10 pemain tidak dapat beraksi dalam pertemuan dengan Everton di Old Trafford malam ini.

Walaupun Marcus Rashford dan Jonny Evans tidak beraksi penuh ketika kekalahan kepada Manchester City hujung minggu lalu, kedua-duanya sedia untuk diturunkan malam ini.



Bagaimanapun Omari Forson menyertai senarai kecederaan United yang dibarisi Lisandro Martinez, Luke Shaw, Tyrell Malacia, Mason Mount, Rasmus Hojlund, Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka, Anthony Martial dan Tom Heaton.

Kekalahan di Etihad melengkapkan 100 perlawanan Ten Hag sebagai pengendali United dengan 61 kemenangan dirakam - rekod lebih baik berbanding Jurgen Klopp di Liverpool dan Mikel Arteta di Arsenal.

Namun Ten Hag percaya peratus kemenangan mampu mencapai sehingga 75 peratus jika pasukannya tidak mengalami krisis kecederaan.

"Ia menunjukkan yang kami berada di landasan yang betul. Jadi bayangkan jika lebih ramai pemain dapat beraksi dan tidak dibelenggu kecederaan.

"Senang-senang kami dapat merakam 75 kemenangan dan ia menunjukkan masa depan cerah buat pasukan ini.

"Apabila anda membandingkannya dengan pengendali lain, pasukan lain, atau pengendali sebelumnya di kelab besar ini, anda dapat lihat masa depan yang cerah.

"Usia pemain-pemain seimbang dalam skuad ini. Pemain muda, pertengahan usia, bayangkan jika mereka cergas, kami mampu menang 75 daripada 100 perlawanan. Ia perbezaan besar dengan statistik yang anda sebut.

"Tidak ada pasukan mampu menangani kecederaan sebegini banyak. Saya rasa kami bermain pada tahap maksimum dengan pemain yang ada. Terlalu ramai pemain cedera musim ini.

"Projek ini di landasan yang betul apabila semua pemain cergas. Bola sepak ialah tentang memenangi perlawanan.

"Kami sedang berusaha memperbaiki persembahan dan mahu beraksi pada tahap maksimum. Kami kehilangan pemain di posisi penting untuk bermain dengan cara yang kami mahukan.

"Kami sedang berdepan dengan masalah kecederaan, tetapi akan terus berjuang dengan pemain yang ada. Tidak kira siapa lawan kami, kami mahu menang," kata Ten Hag. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -atasi-klopp-arteta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060211 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list