CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3428|Reply: 0

[Terengganu] 12,914 mendaftar SKSPS di Terengganu

[Copy link]
Post time 9-3-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode

FARIHAH (dua kiri) menyerahkan bantuan di Program Khidmat Komuniti Masjid Bersama Agensi Kerajaan dan Hari Bertemu Pelanggan di Masjid Al-Muttaqin, Kampung Kepong. FOTO Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Seramai 12,914 orang bekerja sendiri (OBS) di Terengganu sudah mendaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sepanjang tahun lalu.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri, Farihah Che Husin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 8.3 peratus daripada 11,842 orang yang mendaftar pada tahun 2022.

Menurutnya, pencarum terdiri daripada OBS dalam pelbagai sektor tidak formal antaranya penjaja, usahawan, pekebun, penternak, nelayan, penghantar makanan, atlet dan lain-lain.

Katanya, bagi tahun 2024 Perkeso Terengganu menyasarkan peningkatan lebih 50 peratus atau 20,000 OBS akan mendaftar di bawah SKSPS melalui Padanan Caruman.


Beliau berkata, ia berikutan pengumuman kerajaan pusat dalam Belanjawan 2024 untuk membiayai 90 peratus atau RM209.50 daripada caruman penuh Pelan 2 berjumlah RM232.80.

"Pada tahun 2023, kerajaan membiayai 80 peratus daripada jumlah caruman penuh dan di Terengganu seramai 12,914 OBS yang mendaftar di bawah SKSPS namun jumlah itu sebenarnya masih rendah.

"Dengan kadar pembiayaan baharu tahun ini iaitu 90 peratus dibiayai kerajaan dan hanya 10 peratus atau RM23.30 dibayar OBS, kita sasarkan 20,000 akan mendapatkan perlindungan selama 12 bulan," katanya selepas Program Khidmat Komuniti Masjid Bersama Agensi Kerajaan dan Hari Bertemu Pelanggan di Masjid Al-Muttaqin, Kampung Kepong di sini, hari ini.

Menurutnya, ini antara insentif ditawarkan kerajaan kepada 11 golongan sasaran seperti sektor agropertanian, orang asli, pendidikan, gig, penjaja, nelayan, kesenian, sukan dan orang kelainan upaya (OKU).

Farihah berkata, program seumpama itu penting bagi mendekatkan jurang antara penduduk kampung dengan agensi kerajaan seperti Perkeso, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, terdapat pelbagai insentif atau kemudahan ditawarkan kerajaan dan Perkeso sebagai antara agensi pelaksana sentiasa turun padang bagi mendekati penduduk terutama di kawasan kampung.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sksps-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.067861 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list