CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4102|Reply: 0

Hadin senjata baharu NSFC

[Copy link]
Post time 9-3-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode

HADIN bakal menjadi taruhan baharu Negeri Sembilan pada saingan Liga M musim ini. -FOTO Ihsan NSFC.

Seremban: Bekas pemain kebangsaan dan Penang FC, Muhammad Hadin Azman bakal menjadi senjata baharu buat skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.

Penyerang berpengalaman berusia 30 tahun itu disahkan menyertai skuad Hobin Jang Hobin musim ini.

"Hadin disahkan bersama Negeri Sembilan musim ini. Dia seorang pemain berpengalaman dan memiliki sembilan penampilan bersama pasukan kebangsaan dari 2016 hingga 2019 selain menjaringkan satu gol untuk Harimau Malaya.

"Dalam saingan musim lalu, Hadin mencatatkan empat jaringan dan tiga bantuan gol dalam 21 perlawanan bersama Penang FC.


"Selain beraksi sebagai penyerang, Hadin juga mempunyai kebolehan untuk bermain di posisi tengah dan sayap. Ini pastinya dapat membantu menambah kekuatan di bahagian tengah dan serangan pasukan Negeri Sembilan," kata jurucakap kelab itu hari ini.

Sementara itu, Hadin yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), Felda United, Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC sebelum ini akui tertarik dengan perancangan pengurusan NSFC sekali gus mendorongnya menyertai pasukan berkenaan.

"Saya dipanggil oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus dan beliau menerangkan mengenai visi dan misi Negeri Sembilan musim ini.

"Saya tertarik dengan peranan yang beliau mahu saya lakukan bersama Negeri Sembilan.

"Sebagai individu, saya akan cuba melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang bagi membantu Negeri Sembilan meraih pencapaian lebih tinggi dalam Liga Super, Piala FA mahupun Piala Malaysia," katanya.

Hadin adalah pemain luar kedua yang menyertai Negeri Sembilan selepas Hein Thet Aung yang dipinjamkan sekali lagi dari Selangor FC.

Dia yang mengumpul sembilan kaps bersama skuad Harimau Malaya akan menggunakan jersi nombor 27 untuk musim ini dan dijangka bakal membentuk gandingan mantap bersama Hein di posisi tengah bagi membantu bahagian serangan pasukan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... senjata-baharu-nsfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053254 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list