CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8915|Reply: 0

[Pahang] Jari kanak-kanak terlekat dalam lubang bekas sudu logam

[Copy link]
Post time 9-3-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Anggota BBP Kuala Lipis membantu melepaskan jari kanak-kanak yang terlekat pada bekas sudu logam semalam.

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis untuk mendapatkan bantuan bagi melepaskan jari telunjuknya yang terlekat dalam lubang bekas sudu logam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, Haslizan Ramli, berkata kanak-kanak itu dibawa ibunya, Norlizawati Harun ke BBP Kuala Lipis selepas pelbagai usaha mengeluarkan jari anaknya gagal ketika di rumah mereka di Kampung Relong, Padang Tengku di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

"Sejurus tiba, didapati jari telunjuk kanak-kanak itu sudah bengkak kerana agak lama terlekat pada bekas sudu yang berlubang diperbuat daripada logam.

"Dua anggota yang bertugas segera melakukan penugasan mengeluarkan jari kanak-kanak itu dengan menggunakan peralatan khas dalam tempoh 10 minit," katanya ketika ditemui hari ini.


Haslizan berkata, anggota bomba terpaksa memotong bekas sudu itu dengan berhati-hati kerana dibimbangi jari kanak-kanak berkenaan membengkak daripada tercedera atau terluka.

"Jari kanak-anak ini berjaya dilepaskan daripada bekas itu dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum dibenarkan pulang ke rumah bersama ibunya," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... ng-bekas-sudu-logam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058964 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list