CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10552|Reply: 0

[Pahang] 120 pelacur, GRO ditahan di Kuantan

[Copy link]
Post time 9-3-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Jafri (berdiri, dua dari kiri) memeriksa dokumen milik salah seorang wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di premis hiburan di Kuantan malam tadi.

KUANTAN – Seramai 120 pelacur dan gadis pelayan pelanggan (GRO) antara 140 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan yang dilakukan di 17 premis hiburan di sekitar bandar raya ini malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha, berkata turut ditahan adalah 11 lelaki warga tempatan berusia antara 25 hingga 46 tahun yang menjadi penjaga premis, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan ialah seramai 151 orang.

“Daripada jumlah yang ditahan itu, 103 orang merupakan wanita warganegara Thailand, 11 wanita warganegara Vietnam dan masing-masing dua wanita warganegara Laos, Myanmar dan Indonesia.

“Turut ditahan lima lelaki warganegara Myanmar, seorang lelaki warganegara Indonesia, 11 lelaki warganegara Bangladesh dan tiga orang lelaki warganegara China.

“Hasil semakan awal mendapati 94 daripada yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku sementara yang selebihnya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya.

Menurutnya, operasi yang bermula pada pukul 11 malam berdasarkan aduan dan risikan yang oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama tiga minggu.

Katanya, operasi melibatkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Pahang disertai Pasukan Taktikal Khas (Pastak) JIM Negeri Perlis, JIM Negeri Perak dan JIM Negeri Sembilan.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke 17 buah premis yang terdiri daripada empat buah premis pusat hiburan, sembilan buah premis kelab malam dan empat buah premis pelacuran,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ditahan-di-kuantan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.302600 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list