CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10485|Reply: 0

Ott dalam radar TFC

[Copy link]
Post time 9-3-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

BEKAS kapten Kedah Darul Aman, Manual Ott (tengah) kini dalam radar TFC. -FOTO Ghazali Kori.

Kuala Terengganu: Pemain kebangsaan Filipina, Manual Ott kini berada dalam radar pasukan Terengganu FC (TFC) dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Terdahulu pemain berdarah kacukan Jerman-Filipina dilepaskan bekas pasukannya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) atas permintaan pemain berusia 31 itu sendiri.

Bagaimanapun menurut sumber Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, perbincangan dengan bekas kapten skuad Sang Kenari musim lalu itu masih lagi belum menemui noktah biarpun TFC berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Jelas sumber itu, kehadiran bekas 'arkitek' skuad Penyu itu penting dalam memacu jentera tengah bersama pemain import kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov selain pemain tempatan.



"Setakat ini belum boleh disahkan lagi pemain itu (Ott) menjadi milik pasukan TFC dalam mengharungi kancah Liga M musim ini selepas dilepaskan KDA FC.

"Ini kerana perbincangan masih lagi berjalan dengan pemain itu, Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan lancar dan persetujuan antara kedua pihak menemui noktah, kita akan umumkan secara rasmi nanti.

"Namun saya mengharapkan peminat bersabar dan tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan kerana pemain itu belum lagi milik TFC," kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner atau lebih mesra dipanggil 'Tommy' menyatakan masih mengintai seorang pemain import bagi mengisi kuota pemain Asean.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ott-dalam-radar-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.743561 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list