CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10783|Reply: 0

[Terengganu] RM1 bilion projek pembangunan pendidikan Terengganu

[Copy link]
Post time 9-3-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Zuki (depan kanan) melihat pelajar SMK Sultan Sulaiman mempamerkan kemahiran bermain alat muzik tradisonal, hari ini - Foto NSTP/BAHAROM BAKAR.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1 bilion untuk pelaksanaan projek pembangunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Terengganu pada Rolling Plan Rancangan keempat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata, peruntukan itu diluluskan bagi pelaksanaan 83 projek termasuk 26 projek baharu dan 57 projek sambungan.

Katanya, Kementerian Kerja Raya diminta memastikan semua projek diluluskan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan sistem pendidikan mencapai matlamat.

"Kita sudah bincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri agar peruntukan diluluskan melalui rolling plan ke-empat dibelanja dengan kadar segera," katanya kepada media ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, di sini, hari ini.



Yang turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan, Wan Hisham Wan Rahim serta Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Jelani Sulong.

Mengulas lanjut, Mohd Zuki berkata, kerajaan meminta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) turut terbabit dalam membangunkan ekosistem pembelajaran berteraskan teknologi.

"Sumbangan daripada GLC mampu mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan terutama dalam aspek infrastruktur pembelajaran berteknologi," katanya.

Ketika mengulas cadangan CUEPACS mengenai bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena sambutan Aidilfitri, Mohd Zuki berkata, kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin kerana penjawat awam adalah tonggak utama negara.

Katanya, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan penjawat awam setiap tahun dan ia terbukti apabila setiap tahun ada peruntukan diluluskan.

"Setiap tahun kerajaan meluluskan peruntukan bagi memastikan kebajikan penjawat awam terbela.

"Kita akan meneliti kedudukan kewangan negara dan tuntutan itu kita akan panjangkan kepada Kementerian Kewangan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ndidikan-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051992 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list