CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15972|Reply: 0

[Terengganu] Tiada cadangan gubal akta peniaga gagal halang perokok

[Copy link]
Post time 9-3-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Nerus: Kerajaan tidak bercadang menggubal akta baharu terhadap peniaga yang gagal menghalang pelanggan merokok di premis mereka.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan menggunapakai dan mengekalkan peraturan dan serta akta sedia ada.

Beliau berkata, ia membabitkan Peraturan 12(1)(a) dan 12(1)(b) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Katanya, berdasarkan libat urus yang diadakan sebelum ini, terdapat permohonan daripada peniaga yang meminta mereka tidak dikenakan kompaun jika ada pelanggan merokok di premis.



"Yang penting bagi kami (Kementerian Kesihatan) adalah tanda-tanda larangan merokok itu mereka letak di tempat-tempat yang sewajarnya dan mereka tidak menyediakan tempat abu rokok.

"Ini bermaksud mereka tidak menggalakkan orang merokok dan kita tahu peniaga-peniaga ini tentunya mereka mengingatkan jika ada pelanggan merokok tetapi tetapi mereka tak sanggup untuk sampai bergaduh.

"Jadi adalah tidak adil untuk kita mengenakan kompaun kepada mereka ketika mereka menjalankan peraturan yang ditetapkan seperti meletakkan notis larangan merokok dan tidak menyediakan tempat abu rokok untuk perokok," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di pekarangan Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, KKM mempunyai tatacara tertentu sebelum tindakan mengeluarkan notis kesalahan kepada pemilik premis ketika penguatkuasaan dilaksanakan.

Katanya, premis akan diperiksa sama ada mereka menyediakan kelengkapan untuk merokok atau bekas abu rokok serta membiarkan perokok merokok secara berleluasa yang menunjukkan pemilik gagal memastikan premis mereka bebas daripada aktiviti merokok

Harian Metro sebelum ini melaporkan isu kompaun kepada pemilik restoran yang gagal memastikan tiada pelanggan merokok di premis dibincangkan bersama Dr Dzulkefly pada Rabu lalu.

Masalah berkenaan yang dibangkitkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sebelum ini mendapat maklum balas yang positif termasuk keperluan untuk mengkaji semula akta berkaitan.

Antara yang dibangkitkan termasuklah pemilik premis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang orang ramai merokok di premis selain berdepan risiko dimarahi pelanggan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... agal-halang-perokok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.054997 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list