CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14036|Reply: 61

[Tempatan] Bayi lelaki bertali pusat pecah kepala dicampak dari tingkat atas kondominium di Sri Petaling

  [Copy link]
Post time 10-3-2024 02:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-3-2024 10:25 AM

Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat atas kondominium​Afiezy Azaman
Mac 9, 2024 19:13 MYT



Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ PDRM


KUALA LUMPUR: Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 2.30 petang.

"Bayi itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepala bagi malang itu pecah.

"Difahamkan bayi itu baru dilahirkan memandangkan masih mempunyai tali pusat.

"Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Katanya, pasukan polis masih berada di lokasi kejadian dan sedang menyiasat lanjut kes itu.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bayi-baru-lahir-maut-dicampak-dari-tingkat-atas-kondominium-461609

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2024 02:24 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-3-2024 10:27 AM

Bayi lelaki bertali pusat pecah kepala dicampak dari tingkat atas kondominium di Sri Petaling



Sabtu, 09 Mac 20247:33 PM MYT



Keadaan mayat bayi lelaki baru dilahirkan yang dicampak dari atas kondominium di Sri Petaling. — Ihsan PDRM

SEORANG bayi lelaki baru dilahirkan maut selepas dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan awal mendapati bayi terbabit baru lahir berikutan terdapat tali pusat pada mayat mangsa.

Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian sebelum tiba di lokasi kejadian.

Bayi dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepala pecah," katanya.



Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. — Ihsan PDRM


Ku Mashariman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti ibu bapa atau individu terbabit dalam kejadian itu.

Kita masih siasat...pasukan siasatan ada di tempat kejadian, kita ada bantuan unit Anjing Pengesan K9 dan Unit Forensik di lokasi kejadian.
"Siasatan polis akan dibuat dengan mengambil segala kemungkinan yang ada," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai buang camtu je?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihirojiun
Celakanya pelaku...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 06:02 AM | Show all posts
Amput nyamai beranak pediiiahhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar..
moga pembunuh ditangkap.
main campak je mcm tu.. masa bawak dlm perut mmg tk fikir ke.
boleh pulak ko mkn minum 9 bulan tu tk boleh fikir apa nk buat bila baby tu dah lahir nanti. campak je mcm sampah
hrp² mati je lah asbab pendarahan tk berhenti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah.. Innalillahi wainnailaihi rojiun
Tak boleh ke cari jalan lain selain buat mcm ni. Kejamnyaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 10-3-2024 07:51 AM
Allahuakbar..
moga pembunuh ditangkap.
main campak je mcm tu.. masa bawak dlm perut mmg tk fikir ke ...

Tgk gaya buang dari tingkat atas dgn tali pusat tu mmg dh plan nk hapuskan. Mungkin kalau gugur lagi leceh, byk risiko kat ibu. Jadinya beranak je lah pastu bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes gini patutnya mandatori 302. Bunuh balas bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 9-3-2024 06:24 PM
Bayi lelaki bertali pusat pecah kepala dicampak dari tingkat atas kondominium di Sri Petaling



Elok juga gambar tak censored. Insaf aku tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa tgh mengandung tu tak pikir ke nk bagi kt orang ke htr kat baby hatch ke.

Kejadian2 mcm ni menunjukkn tak semua ibu tu sayangkn anaknya & tk semua wanita yg tuhan bg nikmat mengandung& lahirkn anak tu layak jadi ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 10-3-2024 09:23 AM
Tgk gaya buang dari tingkat atas dgn tali pusat tu mmg dh plan nk hapuskan. Mungkin kalau gugur la ...

dah kenapa campak kt public begitu.. gila dah kot..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Celakalah pelaku..semoga cpt ditangkap dan diberi penyakit yg menyeksakan di dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 10:05 AM | Show all posts
Semoga baby tersebut meninggal setelah dilahirkan dan bukan mati akibat dibuang begitu. Semoga pelaku dapat dicari dan diberi pembalasan setimpal di dunia dan akhirat. Amin amin amin
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 01:26 PM | Show all posts
Tiada manusia waras yang akan sanggup buat benda2 gini. Tapi kang kalau didapati gila ada pulak acik2 forum yang kecewa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cek cctv tmpt org lalu lalang mana yg preggy tu siasat la. teruk sgt perangai mcm ni main cmpak2. aduhhh sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya manusia.. sampai hati buat cenggitu
Semoga sangkut 302
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Meroyan ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hoihhhh anak patung pun org syg.
dah tgkap nati ada la ckp meroyan/giler/seangkatan sbb normal people tak buang anak gitu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.081297 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list