CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 0

Tidak mustahil buat Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain turun menjalani latihan dalam persediaan awal sebelum menghadapi Oman pada 22 dan 26 Mac ini. – FARIZ RUSADIO

Bekas pemain kebangsaan, Mat Zan Mat Aris berharap semua pihak memberikan ruang dan peluang kepada ketua jurulatih, Kim Pan-gon menjalankan tugasnya dalam usaha membantu Harimau Malaya layak ke pusi­ngan ketiga kelayakan Piala ­Dunia 2026 nanti.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya kini berada dalam landasan terbaik untuk meraih slot ke pusingan ketiga selepas mendahului carta Kumpulan D kempen kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 nanti.

Cabaran pasukan kebangsaan kembali bersambung apabila dijadualkan menentang pilihan utama daripada Asia Barat iaitu Oman pada 22 Mac dan 26 Mac ini.

Kata Mat Zan, jurulatih dari Korea Selatan itu telah memanggil pemain yang dilihat berpotensi untuk membantu pasukan meraih keputusan positif pada dua perlawanan itu nanti.

“Pan-gon pasti ada perancangan sendiri dan me­ngenal pasti pemain-pemain yang dilihat sesuai untuk mewa­kili skuad kebangsaan. Kita boleh lihat pasukan ketika ini berada di landasan yang tepat.

“Mungkin tanda tanya yang timbul ketika ini adalah kesuntukan masa untuk buat persiapan memandangkan kita bakal menentang pasukan yang menduduki ranking lebih tinggi (Oman di kedudukan No.80 dunia).

“Saya jangka ia bakal menjadi perlawanan yang sukar, tetapi jika kita dapat melakukan persiapan dengan baik, ­tiada apa yang mustahil,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad.

Skuad kebangsaan yang menduduki ranking No.132 dunia telah mencipta kejutan dengan meraih mata maksimum selepas menewaskan Kyrgyzstan dan ­Taiwan dalam dua perlawanan awal Kumpulan D pada ­November lalu.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... uat-harimau-malaya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list