CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6680|Reply: 0

[Kelantan] 251,185 murid, pelajar di Kelantan kembali ke sekolah

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian murid-murid tahun satu yang memasuki sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 1, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 251,185 murid dan pelajar sekolah memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini melibatkan sebanyak 595 buah sekolah di seluruh Kelantan.

Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Zamri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, seramai 28,964 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan di 418 buah sekolah.

Menurutnya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu merekodkan jumlah murid tahun satu paling tinggi iaitu seramai 9,053 orang.

“PPD Pasir Mas mencatat jumlah murid tahun satu kedua tertinggi dengan 3,230 murid orang diikuti PPD Kuala Krai iaitu 2,960 murid dan PPD Jeli merekodkan kemasukan murid tahun satu terendah dengan 832 murid.

“Seramai 90,335 pelajar sekolah menengah memulakan sesi persekolahan mereka di 177 buah sekolah di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau sempena hari pertama pembukaan sekolah sesi persekolahan 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 1, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zamri memberitahu, seramai 28,645 orang guru terlibat dalam sesi pembukaan sekolah di negeri ini bersama seramai 4,565 Anggota Kakitangan Sokongan (AKS).

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) menyarankan agar tiada sesi pembelajaran atau kelas secara biasa diadakan pada minggu pertama persekolahan.

“Kita mahu anak-anak kita bermula peringkat prasekolah sehingga ke tingkatan lima menyesuaikan diri dengan alam persekolahan terlebih dahulu terutamanya murid-murid di sekolah rendah.

“Semua pihak termasuk guru-guru akan memastikan suasana pembelajaran kondusif dan bagi pelajar termasuk dengan penerapan penggunaan televisyen pintar (smart tv) sebagai alat bantu mengajar,” ujarnya.

Menurut Mohd. Zamri, KKM juga mengedarkan pekeliling prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan sesi persekolahan berjalan lancar semasa sesi persekolahan semasa bulan Ramadan dan cuaca panas. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kembali-ke-sekolah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.434722 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list