|
Edited by ultra78 at 10-3-2024 08:29 PM
Untuk makluman semua, 1 Ramadan jatuh pada hari Selasa, 12 Mac 2024
Selamat menyambut bulan Ramadan.
PETALING JAYA – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac ini.
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
Terdahulu, sebanyak 29 lokasi terpilih yang telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan.
Antaranya Pontian Kecil (Johor), Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka), Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan), Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra, Banting (Kuala Langat), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.
Selain itu, Pantai Pasir Panjang, mukim Pengkalan Baru, daerah Manjung (Perak) serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang) manakala di Kedah, Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah (Pulau Langkawi) dan Menara Alor Setar, Alor Setar. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|