CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8803|Reply: 23

[Dunia] Panas Melampau Super El Nino Nino akan melanda Asia Tenggara Jun 2024.Anda bersedia?

  [Copy link]
Post time 11-3-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 11-3-2024 09:47 AM

MENURUT penyelidikan baharu yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports, terdapat 90 peratus kemungkinan suhu di permukaan global akibat fenomena El Nino akan mencecah rekod tertinggi menjelang Jun 2024.

Fakta ini turut disahkan saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) bahawa fenomena itu telah bermula dan mereka bimbang pemanasan yang berlaku akan menyebabkan suhu dunia melepasi had pemanasan 1.5 darjah Celsius.

Mereka juga mengatakan bahawa terdapat potensi 25 peratus fenomena kali ini akan melebihi 2 darjah Celsius pada kemuncaknya sekali gus memasuki fasa ‘Super El Nino’.

Kesan daripada fenomena ini, beberapa tempat akan menjadi lebih panas terutamanya di negara Asia Tenggara yang menyaksikan risiko kemarau berpanjangan dan kebakaran hutan seperti sering terjadi di Australia dan terbaharu di Texas, AS.

Sebenarnya, El Nino adalah sebahagian daripada kitaran fenomena semula jadi, tetapi perubahan iklim akibat tangan manusia telah meningkatkan risiko bencana kepanasan melampau seperti dialami kita pada hari ini.

El Nino mempengaruhi cuaca di seluruh dunia, jadi kekuatan dan kemusnahannya akan terus memberi kesan kepada cuaca yang kita alami dalam beberapa bulan akan datang.

Ayunan Selatan El Nino atau El Nino Southern Oscillation (ENSO) yang berlaku di timur Lautan Pasifik mempunyai tiga fasa berbeza iaitu panas, sejuk atau neutral.

Fasa panas berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan menyaksikan arus panas muncul ke permukaan di luar pantai Amerika Selatan dan merebak ke seluruh lautan di dunia.

Sebab itulah El Nino membawa cuaca yang sangat pelik walaupun kesannya dilihat berbeza dari rantau ke rantau lain.

Sebelum El Nino berkembang pada Jun 2023, peramal cuaca telah memaklumkan bahawa malapetaka besar berkemungkinan muncul akibat femomena ini.

Dalam pada itu, Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) berkata bahawa perubahan iklim terbaru yang akan terjadi dalam tahun 2024 akan ‘menolak suhu global’ ke wilayah yang belum dipetakan dan tidak mengejutkan ia bakal menjadi tahun paling panas sejak 1850.

Seorang profesor di jabatan bumi dan sains di Universiti Gothenburg Sweden, Deliang Chen meramalkan Teluk Bengal dan Filipina mengalami pemanasan paling terik ketika dilanda El Nino pada tahun ini.

Katanya, Filipina bakal berdepan dengan kemarau berterusan dalam beberapa bulan akan datang.

Malah, penyelidikan itu merumuskan fenomena ini turut memberi kesan kepada peningkatan suhu di seluruh Caribbean, Laut China Selatan, Amazon dan Alaska.

Pada masa sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) turut meramalkan cuaca panas dijangka meningkat pada penghujung tahun dan awal tahun depan dan kebarangkalian mencapai 90 peratus.

Dalam laporannya agensi itu berkata, status tahap berkenaan dikeluarkan bagi mana-mana kawasan bersuhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Antara kawasan yang terlibat ialah Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang di Kedah, Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar di Perak

Justeru, MET Malaysia turut menyarankan orang ramai supaya peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat amaran cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial agensi itu.

Untuk rekod, fenomena El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlanjutan antara sembilan hingga 12 bulan dan pada awal 2024, fenomena ini dijangka akan memberikan kesan yang lebih ketara apabila intensitinya mencapai kemuncak dengan negara akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan.

*Zulhilmi Hat ialah Wartawan Global Sinar harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2024 04:34 PM | Show all posts
wow lagi panas ke bulan 6 ni..skang pon da bahang tambah lagi bahang
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sana sini pokok byk kena tebang pastu menggelupor panas.

Bak kata Diba Aa..

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Woow tanah merekah2 mcm kat aprika..

Mesti super manis mangga perlis
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian penanam padi dan peladang lain. Susah jugak kalau air takde ni. Eletrik takde ok lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap duit bayar bill letrik je lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
El nino dan climate change.


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak solar farm. buat atas air, potong pokok. makin panas makin guna aircond. aircon plak menyumbang global warming.. sampai kutub cair paras air laut naik sampai 50m
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg panas x hengat skrg ni.
rasanya ni ramadan paling panas...
lom puasa pun dah tak tahan dahaga..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk hari dah cecah 36°, 37° ni
Skrg ok lg boleh jg minum air
Esok ni bertabah la
Selawat byk2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang sekarang masih belum panas ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 11-3-2024 08:05 PM
banyak solar farm. buat atas air, potong pokok. makin panas makin guna aircond. aircon plak menyumba ...

Kat kutub sana dah mula ada kilat. Sesuatu yg tak normal dan tak bagus.


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau esok dah tak tahan sangat, buka je puasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 10:07 PM | Show all posts
Kena bersiap siaga selepas ini, info yang sangat berguna, terima kasih TT
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 10:11 PM | Show all posts
yang guna aircond kena la beringat
jangan nanti ada yang bising bil elektrik naik mencanak2
ayuh la bercucuk tanam barang 5 6 pokok
sikit2 pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tanah belakang umah haku pun da merekah cmnie...last hujan ari jumaat aritu hujan selebat2 nyer dlm 1 jam lbh hujan sampai ank2 main hujan puas2

arinie da start antar ank2 sekolah Naik motor antar n ambik ank2 sekolah waktu tengahari pun bahang panas nyer allahuakbar...

semoga dipermudahkan urusan kite berpuasa nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_white at 11-3-2024 04:18 PM

Aku Kesian dgn  polis yg jaga traffic
budak2 rider grab food
mesti melengas2 panas
Sampai baju beg pun  pucat sebab kena panas
moga di permudah kn urusan  korang yg buat kerje luar di bulan puasa ni
semoga di luas kn rezeki untuk korang semua
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-3-2024 09:26 PM
Kat kutub sana dah mula ada kilat. Sesuatu yg tak normal dan tak bagus.

serious la. ada video ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lately ni pon dalam berita byk rumah dan hutan yg terbakar. Mmg panas betul. Cuma last week KL selangor mmg byk hujan petang. Alhamdullillah sejuk la juga skit. Cuma masih juga panas
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 07:48 AM | Show all posts
potong la lagi pokok2, hutan simpan buat rumah. tu kat selangor tu banyak lagi bukit-bukit yang masih available nak tarah. lori2 tanah banyak lagi boleh guna.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.077850 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list