View: 6913|Reply: 38
|
[Tempatan]
"Takkanlah Kami Bodoh Nak Duduk Satu Bilik" - Masih Dalam Iddah, Mengerjakan Umrah Bersama Bekas Suami Berwajah Herlok!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
BERCERAI bukan bererti perlu bermusuh.
Itulah pendirian pasangan ini yang memilih untuk terus menjadi sahabat baik biarpun jodoh mereka tidak panjang.
Lebih manis, mereka mengerjakan ibadah umrah bersama-sama walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, bulan lalu.
Bagaimanapun, video yang dimuat naik di media sosial ketika mengerjakan ibadah tersebut mengundang kecaman daripada segelintir warga maya yang mempertikaikan tujuan pasangan berkenaan berbuat demikian.
Menyedari kecaman yang dilontarkan, wanita berkenaan tampil membuat penjelasan bagi menjawab perkara yang dibangkitkan.
"Allah itu sebaik-baik perancang. Mungkin Dia nak kami sama-sama berdoa yang terbaik dekat rumah Dia. Sebab tu Dia jemput kami berdua walaupun kami bukan lagi suami isteri.
"Kami pergi dengan agensi yang sama, buat ibadah sama ramai-ramai.
"Takkanlah bodoh kami nak duduk satu bilik sebab dah tahu bukan mahram kan. Yang peliknya pergi umrah dengan bekas suami pun salah ke?
"Saya rasa sama saja macam orang lain pergi ramai-ramai dengan agensi. Takkan nak update muka diaorang sekali dalam video tu," terang wanita berkenaan dalam satu posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, @laff_7.
Menerusi perkongsiannya juga, wanita tersebut mendedahkan dia yang sah bercerai dengan suami pada 9 Januari, berangkat menunaikan ibadah umrah pada 5 Februari lalu iaitu ketika masih dalam tempoh edah.
Tambahnya lagi, tidak adil untuk warga maya menjatuhkan hukum tanpa mengetahui perkara sebenar.
"Macam-macam cakap tanpa tahu apa-apa... kan dah jatuh fitnah. Komen pun semua yang busuk-busuk hati. Lagi susah Allah nak jemput korang.
"Jangan busuk dan iri hati. Kadang apa yang kita ucap, kita cakap, itulah akan datang balik dalam hidup kita.
"Semoga Allah balas kata-kata yang baik tu dalam hidup korang... Amin," akhirinya.
mStar sedang cuba menghubungi wanita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Sehingga kini, perkongsian video wanita tersebut ketika mengerjakan umrah meraih lebih 43,000 jumlah tontonan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya lahai. Celah mana herlokknya. X suka clickbait2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke pergi umrah masa iddah?
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 11-3-2024 02:03 PM
travel and tell no one, people ruin beautiful things kata kahlil gibran |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya ko nak mati ke hidup ke pergi dgn bekas ke mantan ke APA KEPERLUAN NAK BUAT posting di medsos. Sendiri simpan sudah. Tak perlu canang pd orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau stakat naik kelas ekonomi, simpan je lahh video2 dan gambar2 tu utk tatapan sendiri. tak koserrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Tak, aku gagal nampak kat mana nilai ibadahnya beruk 2 ekor ni pegi tanah suci.
Hp tak lekang dari tangan, siap nyanyi2 dalam bideo.
macam pegi holiday je. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke kalau kat tanak suci, kau akan terasa nak tinggalkan dunia sekejap?
Sampai, bila dah selesai & nak tinggalkan bumi Mekah (sebab flight balik dari Jeddah), terasa macam hidup nak downgrade balik ke dunia biasa. Sampai kat Jeddah rasa sedih semacam.
Camana manusia sekarang boleh pijak kampung Nabi & tak dapat nak tinggalkan medsos eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 11-3-2024 06:12 PM
Inilah yang dinamekan gile talak. Sekian.. & kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun musykil jugak ni.
Sefaham aku, tak boleh bermusafir termasuk mengerjakan haji & umrah semasa dalam iddah.
Ke aku salah faham.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 11-3-2024 06:26 PM
"Macam-macam cakap tanpa tahu apa-apa... kan dah jatuh fitnah. Komen pun semua yang busuk-busuk hati. Lagi susah Allah nak jemput korang"
I takde komen pun pasal dia sebelum ni, tak tau pun. So, tak terasa dengan bahasa rempit dia. Cuma nak komen, bukan main lagi ber amin bagai hujung² tu tapi ayat² kat depan bukan main kasar. Ada tak terfikir, sebenar nye diri sendiri yang mengundang kecamam? Kalau tak upload gambar mengundang, takde la pening² nak layan kecaman macam sekarang. So, salah sendiri lah kan? Dia pun 2x5, salah orang lain nampak pulak tapi salah sendiri tak nampak. |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan tak sangka viral. Cehhh... Kau rakam kau simpan aje la tuk kau dgn duda kau tu. Takyah letak kat media sosial. Kau setting tuk kau dgn duda kau aje. Sendiri mengundang fitnah. |
|
|
|
|
|
|
|
So deme ni nak menjual apa plak lepas neh |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 11-3-2024 06:56 PM
So deme ni nak menjual apa plak lepas neh
Jual kerang & burung punai agaknya
Astagaaaaa esok nak puasa dahhhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|