CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5101|Reply: 0

[Johor] 'Nampak pocong, bulu roma meremang' - Shariful

[Copy link]
Post time 11-3-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Perkongsian video dan gambar penampakan kelibat makhluk dipercayai pocong.

Kota Tinggi: "Kejadian itu sudah lama berlaku tetapi masih diingati sehingga kini, malah meremang jugalah bulu roma saya apabila setiap kali teringat kembali penampakan pocong itu," kata Shariful Zamri.

Shariful, 40, berkongsi video penampakan kelibat makhluk dipercayai pocong di tepi rumahnya di kampungnya di sini, yang dirakam pada Mei tahun lalu sebelum berkongsi video itu di TikToknya baru-baru ini.

Dia yang menetap di Kuala Lumpur berkata, video itu dirakam ketika dia pulang bercuti sempena Aidilfitri tahun lalu secara tidak sengaja selepas terdengar salakan anjing di kawasan rumahnya sebelum ternampak kelibat makhluk itu.

Menurutnya, penampakan pocong itu dilihat di rumah kosong berhampiran kawasan rumahnya yang sudah ditinggalkan lebih 10 tahun lalu, malah turut mendakwa itu bukan kali pertama dia melihat penampakan makhluk berkenaan secara jelas.



"Saya masih ingat ketika itu belum tengah malam, tiba-tiba ada anjing di kampung dan menyalak sebelum saya keluar rumah melihat haiwan itu seperti mengejar sesuatu. Saya kemudian rakam video tetapi tidak nampak apa-apa yang pelik.

"Selepas itu saya cuba ambil gambar dan barulah nampak dengan jelas penampakan makhluk berkenaan dan ketika itu meremang jugalah bulu roma saya.

"Sebelum ini, saya sudah beberapa kali pernah nampak makhluk halus dan saya tidaklah terlalu takut dengan 'benda' itu tetapi meremang juga apabila berdepan dalam keadaan jelas," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi hari ini.

Dakwanya penampakan makhluk halus itu sudah berlaku sejak sekian lama namun ia tidak mengganggu penduduk sehingga menyebabkan kejadian histeria di kampung, malah mengakui makhluk itu juga tidak kerap muncul di kawasan mereka.

"Saya difahamkan makhluk itu tidak muncul selalu dan mungkin nasib orang itu (kurang baik) terserempaklah dengannya," katanya.

Katanya, dia menyimpan gambar dan video itu sudah lama cuma tidak dikongsikan di sosial media dan mengakui perkongsiannya baru-baru ini hanya untuk kandungan akaun TikTok saja serta tidak menyangka ia mendapat perhatian.

"Saya tiada niat untuk mengada-adakan cerita kerana ia memang pengalaman sendiri dan hanya berkongsi kisah saja. Saya ada dengar baru-baru ini juga ada orang terjumpa makhluk sama di kampung," katanya mengakui meminati dunia mistik.

Video perkongsian Shariful di akaun TikToknya, Vlog Mukasyafah meraih hampir 600,000 tontonan dengan lebih 22,000 tanda suka dan ada segelintir netizen turut berkongsi pengalaman sama di ruangan komen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-meremang-shariful

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054439 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list