CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9301|Reply: 0

[Kelantan] Kapasiti banduan dalam penjara di Kelantan kritikal

[Copy link]
Post time 11-3-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode

Mat (tengah) menunjukkan songkok yang dihasilkan oleh banduan di Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-234, Peringkat Negeri Kelantan di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. -Foto MUSTAQIM MOHAMED/KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Kelantan mendedahkan bahawa beberapa penjara di negeri ini berada dalam keadaan kritikal, namun masih mampu menampung kapasiti banduan.

Pengarahnya, Mat Yaacob berkata, kesesakan penjara ketika ini berada pada tahap 87 peratus dengan jumlah banduan mencapai 7,000 orang.

“Situasi itu sekali gus melebihi kapasiti asal iaitu seramai 3,000 banduan.

“Tahap kemasukan banduan reman atau sabitan secara purata mencecah 100 hingga 150 orang sehari di negeri ini meskipun ada yang bebas secara harian,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Penjara Ke-234, Peringkat Negeri Kelantan dan Majlis Serah Tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mat memberitahu, JPM Kelantan menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk melatih prospek yang akan dilepaskan melalui parol dan PPDK sebagai penoreh getah profesional di ladang-ladang getah.

Katanya, melalui kerjasama itu, JPM Kelantan perlu menyediakan seramai 750 prospek untuk dibekalkan sebagai tenaga penoreh profesional bagi tahun ini.

“Kita sudah melepaskan seramai 93 prospek secara Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) untuk bekerja di ladang-ladang getah sekitar Kuala Krai dan Tanah Merah semalam.

“JPM Kelantan sudah menandatangai memorandum persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (LPPK) di tiga negeri iaitu Kelantan, Perlis dan Sabah di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kelantan dengan disaksikan oleh Komisioner General Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrisam Abdul Rahman,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -kelantan-kritikal/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.154391 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list