CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8453|Reply: 23

[Tempatan] Malaysia Dinobat Sebagai Negara Yang Ke-5 Paling Bahagia Di Dunia. Nampaknya, rakyat Malaysia memang happy ya!

  [Copy link]
Post time 12-3-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, Malaysia telah dinobatkan sebagai negara kelima bahagia di dunia



Perkara tersebut dilaporkan oleh The Global Mind Project yang bertajuk 'Mental State of the World'. Organisasi penyelidikan neurosains, Sapien Labs mengkaji selidik sebanyak lebih 400,000 orang di 71 buah negara.

Kajian dijalankan telah menilai pelbagai aspek kesihatan mental peserta yang mempunyai skor daripada 'berkembang maju' sehingga 'tertekan'. Hasil kajian mendapati bahawa Malaysia mencapai skor 85 peratus.

Berikut merupakan ranking negara paling bahagia dan paling tidak gembira di dunia:

Paling bahagia:

1. Dominican Republic

2. Sri Lanka

3. Tanzania

4. Panama

5. Malaysia

Paling tidak gembira:

1. Uzbekistan

2. UK

3. South Africa

4. Brazil

5. Tajikistan


Laporan juga mendapati bahawa kesejahteraan mental tetap pada tahap terendah selepas pandemik dengan tiada tanda pergerakan ke arah yang baik semasa tahap pra-pandemik.

"Pada tahun 2023, di peringkat global dan peringkat negara individu, skor MHQ kekal kebanyakannya tidak berubah berbanding dengan tahun 2021 dan 2022, selepas penurunan drastik semasa tahun-tahun pandemik.

"Ini menimbulkan soalan penting tentang impak berterusan pandemik, dan bagaimana perubahan dalam cara kita hidup dan bekerja, serta tabiat sedia ada seperti remote working, komunikasi dalam talian, pengambilan makanan ultra-terproses, penggunaan plastik secara kumulatif membawa kita ke dalam ruang kesejahteraan mental yang lebih lemah."

Sapien Labs juga menyimpulkan bahawa generasi yang lebih muda, khususnya yang berumur bawah 35 tahun, mengalami penurunan ketara dalam kesejahteraan mental semasa pandemik Covid-19 sementara orang yang berumur lebih dari 65 tahun kekal stabil.

"Dengan penurunan yang berterusan ini dalam kalangan semua kumpulan umur, pandemik telah mengakibatkan kesejahteraan mental yang lebih lemah untuk generasi yang lebih muda.

"Seperti dalam tahun-tahun sebelumnya, beberapa negara Afrika dan Amerika Latin mendominasi ranking negara, sementara negara-negara kaya dalam Core Anglosfera seperti United Kingdom dan Australia berada di bahagian bawah." menurut laporan Sapien Labs.

Ini menunjukkan corak kekayaan dan pembangunan ekonomi yang lebih besar tak semestinya membawa kepada kesejahteraan mental yang lebih baik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 08:40 AM | Show all posts
wahhh bahagianya sri langka.... ingatkan teruk cam pakistan, bangladesh....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 08:54 AM | Show all posts
walaun dan walauntet je tak gumbira......
depa kata depa sedang survival untuk idup sebab barang mahal
tapi selalu holiday dan makan di restoran mewah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
bersyukur la jd org malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 09:27 AM | Show all posts
peluang kerja banyak, makanan byk mmg la gembira,
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 09:30 AM | Show all posts
Sri Lanka negara bankrup pon rakyat tetap happy happy....bagus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2024 09:33 AM | Show all posts
syukur jd rakyat malaysia...bahagiaa nye saya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
report ni menganjing ke betul2 punya?

tapi iols selaku rakyat msia bahagia je...bahagia tu kita yg cari wpun pentadbiran %✓¢°¢$°$©%
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols bahagia sebab sistem UMNO dan kasta UMNO dah tak wujud di kawasan kampung meols.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:18 PM | Show all posts
ummah gumbira sbb gomen tebok atap 33bulan dah tak jadi kjaan
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:20 PM | Show all posts
pasal apa Bhutan tak masuk list?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:22 PM | Show all posts
kalau bangnon x jd PM iols rs Malaysia plg bahagia no.1 terusss
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 02:54 PM | Show all posts
Orix replied at 12-3-2024 01:22 PM
kalau bangnon x jd PM iols rs Malaysia plg bahagia no.1 terusss

Kalau bukan bangnon, maksudnya PM atuk lagi sekali ka? Bahagianya

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
areyam replied at 12-3-2024 08:40 AM
wahhh bahagianya sri langka.... ingatkan teruk cam pakistan, bangladesh....

Sri lanka mcm maldives.....
Rakyat dorang baik2 & sopan....
(Pen pals aku bgtau)
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia macam Sri Lanka....
Rakyat dorang baik2 & sopan...
(Pen pals aku bgtau)
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila responden  itu merupakan warga:
1.Indon
2.Bangla
3.Pakis
4.Rohingya
5.Myanmar
6.Nepal
7.Pilak
8.Negro
9.India sana
10.Cina sana
11.Sri Lanka
12.dan lain lain
        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Uzbek tu mcm best je..kenapa tak bahagia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 04:37 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-3-2024 02:54 PM
Kalau bukan bangnon, maksudnya PM atuk lagi sekali ka? Bahagianya

true. zaman atok piyem Malaysia bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita pasal malaysia, Napa warga indon yg melancong ke malaysia suka pergi batu caves ya??? Pelik pulak aku taksah diorg ni kalau tak pergi batu caves, ada yg setiap kali melancong ke sini mesti nak pi batu caves
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 08:25 PM | Show all posts
kesian UK,   one by one bumi jajahan merdeka,   terpaksa sabar melihat Amerika rampas kuasa dunia pertama berpuluh puluh tahun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.079787 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list