CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6299|Reply: 30

[Tempatan] Telekung bertatah 5,000 swarovski bernilai RM12,000 untuk isteri

[Copy link]
Post time 12-3-2024 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Telekung bertatah 5,000 swarovski bernilai RM12,000 untuk isteri

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m12000-untuk-isteri

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my

Disiarkan pada: Mac 11, 2024 @ 11:35pm


SYED Muhammad Syah Hasi bersama isteri, Fatin Syazwani memakai telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski. FOTO Ihsan Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman

Klang: Demi menghargai isteri tercinta, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman sanggup membelanjakan RM12,000 untuk menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski.

Lebih istimewa, Syed Muhammad Shah Hasif, 32, menjahit sendiri telekung berkenaan daripada awal hingga akhir.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Syed Muhammad Shah Hasif selepas memuat naik video di akaun TikTok miliknya menunjukkannya menjahit dan memberi kejutan buat isterinya , Fatin Syazwani Ishak, 26.

Menurut Syed Muhammad Shah Hasif, telekung itu diberi kerana mahu hadiahkan sesuatu berbeza berbanding sebelum ini dan mahu ia dimanfaatkan untuk jangka masa panjang.

"Ikutkan sudah ratusan pakaian dijahit untuk isteri, bukan hanya untuk raya malah banyak juga dihasilkan sempena kenduri kahwin atau acara keramaian.

"Sebahagiannya pun sudah dijual dan kali ini, saya terdetik untuk buat kelainan dengan beri hadiah istimewa kepada isteri iaitu telekung.

"Sebelum ini isteri ada cakap yang dia teringin nak pakai satu telekung keluaran seorang pengasas di TikTok jika ada rezeki cuma setakat beritahu keinginannya saja dan tidak bersungguh minta.

"Daripada situ, saya terfikir mengapa tidak beri hadiah telekung Swarovski buat isteri kerana sebelum ini selalu jahitkan bajunya ke majlis besar jadi apa salahnya melabur pula untuk pakaian ibadah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Syed Muhammad Hasif, pemberian telekung itu juga sebagai tanda kasih sayangnya terhadap isteri yang berhempas pulas memasak sekali gus membantu perniagaan laksa diusahakan mereka bersama.

Bercerita lanjut, Syed Muhammad Hasif berkata, telekung itu mengambil masa seminggu untuk disiapkan.

Bapa dua anak itu berkata, Fatin Syazwani, 26, tidak tahu menahu mengenai hadiah akan diterima kerana dia mahu memberi kejutan kepada isterinya.

"Tiada siapa tahu melainkan pembantu peribadi saya kerana saya berpakat dengannya untuk rahsiakan daripada pengetahuan isteri dan berniat beri hari ini sebelum kami ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih.

"Tak dinafikan, kosnya memang tinggi tapi saya tak nampak ia satu pembaziran walaupun pasti ada segelintir orang kata begitu kerana telekung itu pun nak guna untuk menghadap Tuhan.

"Bukan sekali pakai atau waktu pergi Tarawih saja malah nak solat di rumah atau umrah pun boleh sarung telekung itu," katanya

Syed Muhammad Hasif berkata, terpulang kepada penilaian mereka yang melihat kerana tidak terdetik langsung di hatinya untuk menunjuk jauh sekali riak.

"Diharap isteri suka dan sekurang-kurangnya, dia akan ingat hadiah itu sebagai kenangan serta hasil kerja tangan saya yang jahit telekung eksklusif untuknya.

"Bab pakaian ikut kemampuan masing-masing dan kalau mampu, tak ada masalah. Kalau kurang mampu, pakai apa yang ada saja," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 11:54 AM | Show all posts
haha, tak silap raya tahun lepas dia belanja 60k utk baju raya...

errmmm


https://www.instagram.com/p/Crc8fytuHmf/
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
macam telekong naik taik lalat
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh kerap basuh ke ni......
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
1. kenapa swarovski tak bersinar2 berkilat. kena tipu kah swarovski tiruan
2. pakai telekung belas ribu, pahala solat dpt lebih ke
3. nak solat utk tunjuk2 kat org ke sbb nak solat kerana Allah
4. kalau peghak sgt nak ber batu batan, swarovski tu tampal2 je kan? pakai telekung sedia ada /biasa pastu tampal aje selesai masalah
5. marketing maysuri mertua bukak hadiah perantin tu berjaya yach buatkan org teringin pakai teekung cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
2 kali pandang macam blackhead tunggu masa nak kena picit keluarkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sendiri buat, dia sendiri letak harga.. ok....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 12:43 PM | Show all posts
tiap tahun keluar kisah berapa dengan harga kain baju je la pasangan desa ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 12:50 PM | Show all posts
baca boleh
percaya jangan
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Semoga idok abusive controlling terhadap bini di belakang tabir.

2. Semoga idok menduakan bini dengan jantan laen.

3. Semoga suma ni dibuat genuine out of pure love dekat bini, bukannya the love for attention dari sekor narsisis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:05 PM | Show all posts
Wah! permaisuri Agung pun tak pakai telekung berbling2 seharga gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 12-3-2024 11:54 AM
haha, tak silap raya tahun lepas dia belanja 60k utk baju raya...

errmmm

Haaaaahhh lakibini muka tak siap ni rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:18 PM | Show all posts
contoh laki yg rindu nk memondan balik..
jd die lempias kn napsu memondan die ke bini die....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:35 PM | Show all posts
Hg tunggu. Jap lg tokey bawai buat yg 20k lak
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 12-3-2024 12:24 PM
2 kali pandang macam blackhead tunggu masa nak kena picit keluarkan

pastu nati open pores beso giler sbb bintik2 tu besoo
uwwww geli geleman plak tgk telekung tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruskah aku memaki diawal ramadon? Sabo jer laaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 01:45 PM | Show all posts
bersungguhnya laki bini ni. Hari tu sembang kos baju, ni telekung pulak namun tetap tidak mampu menaikkan martabat uols dimata rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:48 PM | Show all posts
apa2 jer lah..harap selesa bini nak solat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Membazir je.. bukan org hefhef kan... Esok sakit jangan mintak derma tau
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:50 PM | Show all posts
Pandai wartawan cari ajak acik forum kurang pahala puasa, kalau puasa lah. Semoga terpancing.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.092751 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list