CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5117|Reply: 0

[Kelantan] 935kg minyak masak untuk stok Ramadan gagal diseludup

[Copy link]
Post time 12-3-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode
935kg minyak masak untuk stok Ramadan gagal diseludup

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

12 Mac 2024 11:10am








Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi menemui 935kg minyak masak subsidi yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.




PASIR MAS - Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Isnin menumpaskan cubaan menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran yang dipercayai untuk stok Ramadan.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, kejayaan itu selepas penguat kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.



"Pemeriksaan yang dijalankan pada jam 8.15 pagi itu telah menjumpai 935 kilogram minyak masak bersubsidi.


Nilai rampasan minyak masak dianggarkan RM2,337.50.




"Lokasi serbuan itu di hadapan sebuah rumah di Taman Bakti, Kampung Slow Teliar, Bunut Susu di sini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.



Menurut beliau, terdahulu pihaknya mengesan pergerakan sebuah kenderaan membawa muatan barang kawalan diambil dari sebuah premis di Bandar Pasir Mas yang disyaki akan dibawa ke pangkalan haram untuk diselewengkan.

Bagaimanapun katanya, pemandu menyedari diperhatikan dan diekori sejauh sembilan kilometer telah bertindak pantas memandu laju kenderaan melalui jalan kampung, namun terhenti setelah memasuki jalan mati.


Kenderaan yang digunakan untuk menyeludup minyak masak subsidi ke negara jiran.








Azman memberitahu, suspek kemudian melarikan diri ke dalam semak berhampiran dan meninggalkan kenderaan yang dipandu.

"Nilai rampasan 935 kilogram minyak masak bersubsidi itu dianggarkan RM2,337.50.

"Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.130283 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list