CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6043|Reply: 0

[Pahang] Projek ECRL capai penembusan 30 terowong

[Copy link]
Post time 12-3-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode

PROJEK ECRL

Kuantan: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merekodkan satu lagi kejayaan dengan penembusan tiga terowong dalam satu hari di Bentong.

Ia menjadikan 30 terowong di sepanjang jajaran ECRL selesai dengan kerja-kerja pengorekan setakat ini.

Tiga terowong ECRL itu ialah Terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, Terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan Terowong Kampung Lentang 2 (478 meter) berjaya mencatat penembusan lebih awal daripada jadual menerusi kaedah gerudi dan letup, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata lapisan kekal untuk Terowong Bentong 1 mencapai tahap kemajuan sepanjang 348 meter sebelum penembusan.



Katanya. manakala troli lapisan terowong bagi kerja lapisan kekal Terowong Kampung Lentang 1 dan Terowong Kampung Lentang 2 sedang dalam penyediaan.

"Setiap terowong mempunyai purata ketinggian 12 meter dan kelebaran 13 meter, sekali gus menyediakan ruang bagi pengoperasian landasan berkembar tolok standard apabila siap kelak.

"Pembinaan terowong ECRL di Bentong akan membolehkan landasan kereta api mematuhi kecerunan maksimumnya sebanyak 0.9 peratus serta mengurangkan penebangan hutan terbuka yang ketara dan meminimumkan kesan terhadap hidupan liar di kawasan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan penembusan tiga terowong berkenaan, ia menjadikan sejumlah 30 terowong di sepanjang jajaran ECRL selesai dengan kerja pengorekan setakat ini.

Katanya, pencapaian itu didukung dengan teknologi pengorekan terowong yang canggih serta dedikasi dan kerjasama erat pasukan ECRL di jajaran sepanjang 665 kilometer.

"Kami optimis pembinaan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke terminal pengangkutan bersepadu (ITT) Gombak akan siap pada Disember 2026, memandangkan kerja pengorekan terowong yang agak mencabar dan kebergantungan keadaan geologi telah berjalan dengan lancar dan mengikut jadual," katanya

Mengenai kemajuan Projek ECRL, Darwis berkata ia telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 62.40 peratus setakat Februari lalu.

"Ia disokong oleh kerja infrastruktur yang pesat termasuk pengorekan terowong, pelancaran rasuk jejambat, pemasangan landasan dan pembinaan stesen.

"Projek ECRL disokong oleh 23,000 pekerja di kira-kira 1,900 tapak pembinaan di sepanjang jajaran di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... embusan-30-terowong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.335285 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list