View: 16059|Reply: 84
|
[Tempatan]
Model sambilan wanita bunuh kekasih curang
[Copy link]
|
|
Model sambilan bunuh kekasih curang
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... nuh-kekasih-curang/
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
12 Mac 2024, 1:58 pm
Gambar hiasan.
KUALA LANGAT – Angkara cemburu, seorang wanita yang juga model sambilan hilang pertimbangan dengan menikam mati kekasihnya sendiri dalam sebuah rumah sewa di sekitar Rimbayu, di sini semalam.
Suspek bagaimanapun sempat membawa mangsa yang merupakan jurufoto sambilan ke sebuah klinik sebelum dipindahkan ke Hospital Cyberjaya dekat sini untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.
Namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan kira-kira pukul 7.25 pagi.
Kedua-dua pasangan kekasih tersebut berusia 26 tahun dan telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang doktor berusia 32 tahun yang bekerja di Hospital Cyberjaya telah menerima satu pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9.41 pagi.
Katanya, pengadu mendapati pesakit telah dibawa dari sebuah klinik swasta dan telah bertindak membuat bantuan penafasan (CPR) selama 30 minit, namun tiada tindak balas dan denyutan nadi dari mangsa.
“Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.25 pagi akibat kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri dengan bersenjatakan sebilah pisau.
“Bertindak maklumat kemudiannya membawa penahanan seorang wanita yang merupakan kekasih mangsa di kawasan hospital tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan, semakan mendapati suspek yang merupakan warga tempatan itu adalah bekas pelajar perubatan dan bekerja sebagai model sambilan selain tidak mempunyai rekod lampau.
“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana mangsa telah berlaku curang dengan mempunyai wanita lain selain suspek.
“Hubungan cinta antara suspek dan mangsa adalah kira-kira tiga tahun,” ujarnya.
Ahmad Ridhwan menambah, suspek kini direman selama enam hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok..tunggu hapdet model mana...sure muka lawa... |
|
|
|
|
|
|
|
kejadian sehari sblm puasa kah |
|
|
|
|
|
|
|
owh mungkin tak puasa, bukan islam |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas pelajar perubatan tu .. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas pelajar perubatan u mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Grad ke tidak? Lawa ke tak? Kalau rupa mcm anak yebbi tu erm xpelah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak memasal je kau dapat 302 dikk... cemburu punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
Horror uols gambar2 kat crime scene. Ig mangsa gawsigan vicneswaran, ig okt tamiiii something2 ada gambar dia dlm ig si bf. Paling gils skali ade lagi sorg yg merakam waktu kejadian tu |
|
|
|
|
|
|
|
terkejut tgk td penuh darah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukacactus at 12-3-2024 10:36 PM
nipskacang replied at 12-3-2024 10:02 PM
Horror uols gambar2 kat crime scene. Ig mangsa gawsigan vicneswaran, ig okt tamiiii something2 ada ...
Br lps jenguk ig mangsa
Byk pics suspek kat situ
Thanks share ya
Jenguk ig suspek, byk kempen besar jg yg dia involved, lilit, duck, poplook, maybelline
Even ada berlakon siri Riot kat astro dgn ank afdlin |
|
|
|
|
|
|
|
nipskacang replied at 12-3-2024 10:02 PM
Horror uols gambar2 kat crime scene. Ig mangsa gawsigan vicneswaran, ig okt tamiiii something2 ada ...
Dah tgk. Tak padan dgn kurus kering. Gilerlahh banyak darah. Dia mesti tak sangka mati kan?
Ni kalau dia kata tak buat pun mmg tak lepas. Bukti ada |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 12-3-2024 08:51 PM
Tak memasal je kau dapat 302 dikk... cemburu punya pasal
Tu la pasal. Perasaan bukan boleh dipaksa. Kalau orang dah tak sayang, curang, nak putus ke apa, biarlah. Just move on. |
|
|
|
|
|
|
|
Minah tu pelakon gak ek... Bru tgk ig dia |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 12-3-2024 10:25 PM
Dah tgk. Tak padan dgn kurus kering. Gilerlahh banyak darah. Dia mesti tak sangka mati kan?
Ni ka ...
Kat mana tgk gamba crime scene tu? |
|
|
|
|
|
|
|
sini x leh tepek ke gmbr² tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang darah banyak mmg boleh maut la...yg terlibat semua Hindu ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|