CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11390|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lelaki Singapura hilang 4 hari ditemui maut dalam cerun

[Copy link]
Post time 12-3-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Singapura hilang 4 hari ditemui maut dalam cerun


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 12, 2024 @ 5:05pm  bhnews@bh.com.my




Anggota bomba mengusung mayat warga Singapura yang ditemukan dalam cerun setinggi 45 meter di kawasan bukit Jalan Paya Terubong menuju Relau, di Georgetown. - NSTP/ MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Lelaki warga Singapura yang hilang sejak empat hari lalu, ditemukan maut bersama kereta dipandunya dalam cerun setinggi 45 meter di kawasan bukit Jalan Paya Terubong menuju Relau, di sini, hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Chew Wei Fung, 29, ditemukan pada jarak kira-kira empat meter dari kenderaannya.

Rakan mangsa berkata, Wei Fung kali terakhir dikesan ketika dalam perjalanan pulang ke Relau sebelum tengah malam Jumaat lalu.

Ketika itu, mangsa dikatakan berbual melalui akaun WeChat bersama rakan sebelum tiba-tiba membisu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Zon Daerah Timur Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muzzamer Mohd Salleh berkata, mangsa ketika ditemui sudah meninggal dunia dan berdasarkan keadaannya dipercayai lelaki itu terbabit kemalangan sejak beberapa hari lalu.

"Pasukan penyelamat membantu mengangkat mangsa ke tebing sebelum mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan lanjut.

"Terdapat banyak kecederaan pada badan mangsa dan mungkin dia terpelanting atau keluar sendiri daripada kenderaannya selepas kereta itu terjunam ke cerun.

"Mayat ditemukan orang awam sebelum mereka menghubungi talian kecemasan," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2024 05:52 PM | Show all posts

KEADAAN kereta mangsa yang dipandunya terjunam ke dalam cerun setinggi 45 meter di kawasan bukit Jalan Paya Terubong ke Relau. FOTO MIKAIL ONGkredit - harian metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.065881 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list