CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Kelantan] Kumpul saham syurga, derma roti john

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode

MAHIRRAN (baju hitam) mengagihkan roti john percuma kepada asnaf di gerainya. FOTO Siti Rohana Idris

Tumpat: Hasrat seorang peniaga roti john untuk bersedekah pada Ramadan dizahirkan dengan berkongsi rezeki juadah itu secara percuma kepada asnaf yang datang ke gerainya.

Nurul Mahirran zulkifily, 39, berkata, sedekah roti john itu diberikan sebanyak 20 roti john setiap hari bermula awal puasa sehingga penghujung Ramadan.

"Setiap hari bermula semalam (kelmarin), saya akan sedekah 20 biji roti john kepada asnaf termasuk orang kurang upaya (OKU) dan cara ini adalah bagi memberi peluang mereka yang kurang berkemampuan untuk menikmati juadah itu.

"Mungkin bagi orang lain, sebiji roti john yang berharga RM7 tidak mahal tapi bagi mereka yang tidak mampu, pemberian ini amat bermakna apatah lagi masyarakat berdepan situasi harga makanan yang mahal ketika ini, ramai yang semakin tidak berkemampuan.



"Saya tidak mampu untuk membantu dari segi kewangan tapi ini cara saya bersedekah (beri roti john) . Rata-rata asnaf yang datang mengucapkan syukur kerana dapat merasai juadah itu yang digemari anak masing-masing," katanya ketika ditemui di premisnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu.

Nurul Mahirran berkata, kebanyakan individu yang mendapatkan roti john percuma adalah kalangan asnaf yang menetap di kampungnya itu.

Menurutnya lagi, dia sudah menjalankan perniagaan roti john sejak 2020 dan bersedekah sejak dua tahun lalu.

"Sedekah sama turut diberikan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta ibu mengandung.

"Setiap hari saya akan menyediakan kira-kira 100 biji roti john untuk dijual termasuk yang disedekahkan," katanya.

Sementara itu Nurul Hamiza Yaacob, 35, berkata, pemberian roti john itu sangat bermakna buat dia sekeluarga berikutan enam anaknya sangat menggemari juadah itu.

"Saya bersyukur apabila ada peniaga seperti Nurul yang sudi memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan seperti kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rga-derma-roti-john

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.050274 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list