CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4217|Reply: 81

[Tempatan] Maaf kami terpaksa naikkan harga' - Peniaga bazar Ramadan

  [Copy link]
Post time 13-3-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-3-2024 08:45 PM

'Maaf kami terpaksa naikkan harga' - Peniaga bazar Ramadan

Azhar Shahrulnizam
bhnews@bh.com.my
March 12, 2024 @ 6:46pm



Kenaikan kos bahan mentah menyebabkan peniaga Bazar Ramadan terpaksa menaikkan harga jualan.. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah



KUALA LUMPUR: Kenaikan kos bahan mentah menyebabkan kebanyakan peniaga Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) terpaksa menaikkan harga juadah yang dijual.

Tinjauan BH di sini, hari ini mendapati peniaga terpaksa menaikkan harga juadah sekitar RM1 sehingga RM2.

Peniaga murtabak Suhaimi Ahmad, 54, berkata beliau terpaksa menaikkan harga murtabak yang dijual daripada RM5 kepada RM7.

"Harga bawang hari ini meningkat sehingga RM7 sekilogram (kg). Selalunya kita gunakan bawang India tetapi hari ini bawang tersebut sudah tiada lagi di pasaran.


"Murtabak menggunakan bawang yang banyak. Dulu kami menghadapi masalah kekurangan telur. Inilah antara masalah yang dihadapi peniaga hari ini," katanya ketika ditemui BH.

Suhaimi berkata, bagaimanapun beliau sudah memaklumkan kepada pembeli lebih awal lagi.

"Bergantung kepada pembeli untuk menerima kenaikan harga dengan hati yang terbuka. Kami peniaga tiada pilihan. Mohon maaf kepada semua pelanggan," katanya.

Peniaga Roti John, Asmah Jamilus, 43, pula berkata, beliau terpaksa menaikkan harga Roti John kerana kenaikan harga sos cili, sos lada hitam dan juga daging.

"Sebenarnya saya ingin menaikkan harga kepada RM10 tetapi suami saya menasihatkan cukuplah sekadar RM9. Tahun lalu saya menjual Roti John dengan harga RM8.

"Saya terpaksa menaikkan harga kerana daging cincang yang kami gunakan naik daripada RM18.50 kepada RM21.50. Sehari kami gunakan 15kg daging.

"Saiz roti kami tidak kecilkan cuma naikkan RM1 sahaja. Kami berniaga sudah lama di sini. Kami sudah maklumkan kepada pelanggan lebih awal," katanya.


Sementara itu, peniaga kuih tepung pelita, Mohd Redzuan Musa tidak menaikkan harga sebaliknya mengekalkan harga yang sama seperti tahun lalu.
Bagi pekerja swasta, Hadiya Hamzah, 34, beliau menganggap harga juadah di bazar ini masih lagi berpatutan.

"Semua barang naik harga sekarang, saya faham peniaga terpaksa menaikkan harga. Pada saya, sekiranya kita membeli juadah di luar kita tetap akan membayar jadi terpulang kepada individu bagaimana untuk terima kenaikan harga ini.

"Untuk belanja di bazar Ramadan saya memperuntukkan tidak lebih RM50 untuk dua orang," katanya.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/03/1222774/maaf-kami-terpaksa-naikkan-harga-peniaga-bazar-ramadan






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah lah hak masing2. Tapi nnt jgn sedih2 pulak kalau jualan tak laku. Sb pembeli pun ada hak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh!!! Mahai...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bazar kat tempat meols PBT dah tak pasangkan kanopi.

Rasanya Bazar Ramadhan bukan pilihan ramai dah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bazar ramadhan TTDI mmg sedap2 lagipun pengunjung mostly top M50 -t20 so mmpu kut nak bayar increment in price.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 13-3-2024 01:16 PM
Bazar ramadhan TTDI mmg sedap2 lagipun pengunjung mostly top M50 -t20 so mmpu kut nak bayar incremen ...

Meols jenis tak suka orang memasak kat bazar atau pasar pasar ni...kalau diorg jual dah siap bungkus mungkin meols beli lah.

Kalau masak kat situ agak geli sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
SG rasa dari dulu x berbaloi nak beli roti john. Sejenis menu yg SG rasa berbaloi masak sendiri je. Entah lah, roti john ni mcm roti salut telur gittchewww… benda senang nak buat dan kos rendah. Ni pendapat SG. Menu2 lain mcm kuih muih tu mcm renyah nak buat n berbaloi nak beli. Kalau teringin nak makan baru SG beli.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sejak mula covid..dh tk pi bazar Ramadan..mkn je apa yang ada..klu telur dadar dgn kicap pun sedap time lapor..makan sedap-sedap jadi taik juga masuk dlm tangki septik..membazir aja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 13-3-2024 01:29 PM
SG rasa dari dulu x berbaloi nak beli roti john. Sejenis menu yg SG rasa berbaloi masak sendiri je.  ...

Roti john is a scam. Roti+telur ditabur sos je. Kl ada daging hanya sebesar semut
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:05 PM | Show all posts
Memang sudah dijangkakan harga makanan di pasar ramadhan  pasti naik.  Kalau yg sedap tak pe juga. Beli lauk bersantan harus habis dimakan waktu berbuka, tak boleh simpan ke sahur sebab basi. Sudahnya buang, membazir.
Masak sendiri lagi sedap n puas hati.  Ada sisa kueh dn lauk boleh makan lagi waktu sahur.  Not unless kueh-mueh yg leceh nak dibuat esp yg berkukus2, bolehlah dibeli.
Karipuff n popia,  belilah yg frozen kemudian goreng di rumah. While nasi arab, nasi briyani/tomato, bolehlah beli dgn regular seller.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:05 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 13-3-2024 01:22 PM
Meols jenis tak suka orang memasak kat bazar atau pasar pasar ni...kalau diorg jual dah siap bungk ...

aku suka kalau baru masak dekat situ, kalau dah siap siap bungkus entah semalam dah masak ke...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 13-3-2024 02:03 PM
Roti john is a scam. Roti+telur ditabur sos je. Kl ada daging hanya sebesar semut

Roti jon mmg scam haha. Selapis nipis telur, beberapa titik daging/ayam/ sayur je lebih..patu letak sos sampai benyek roti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:24 PM | Show all posts
rm9 dh kira mahal..
klu tak masyukkk lg taktau lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau sedap ok jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:37 PM | Show all posts
kalau sedap ok lagi la kalau tak sedap mahal plak mmg ko kena maki je lah pastu jangan harap org nak datang beli lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:38 PM | Show all posts
kami paham kenaikan harga bahan mentah dan juga kenaikan sewa tapak...disebabkn itu aku sbg pembeli membuat pilhan bijak utk tidak membeli dibazar..hanya masak sendiri dirumah..ukur duit di wallet sendiri kekdahnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 02:43 PM | Show all posts
TTDI apa ada hal
mmg tempat org kaya2
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:49 PM | Show all posts
boikot puasa...!! boikot bazar..!! boikot raya...!! kemelut ni takkan timbul sekiranya puasa dan raya tak ada....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:51 PM | Show all posts
bawak RM50 balik rumah cuma kuih dan air
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 02:52 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 13-3-2024 01:22 PM
Meols jenis tak suka orang memasak kat bazar atau pasar pasar ni...kalau diorg jual dah siap bungk ...

klu iouls dia masak situ ok lai dari yang dia bungkus dr rumah...x tahu rumahnya mcm mana...

pernah terrjadi iouls pi rumah tukang jual kuih n mcm2 aneka juadah....(kuih n masakan dia mmg sedap) kebetulan kawan husband...
lepas iouls pi rumah dia masa open house .. pasang khemah luar.. anak nak pi toilet....so tumpang masuk dlm rumah...sejak tu x beli dah kuihnya...dan terus stop mkn menu open house lepas keluar rumah...huhu...


dah jarang pi bazar since covid....ni anak2 dok meratib ajak pi bazar..aihh...siap bincang dgn kawan nak pi bazar mana..huhuhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.240438 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list