CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

[Pahang] Ahli fisioterapi lesap RM234,160 terpedaya pelaburan tak wujud

[Copy link]
Post time 13-3-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuantan: Seorang ahli fisioterapi wanita di daerah ini mengalami kerugian RM234,160 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, mangsa berusia 25 tahun itu tertarik menyertai skim pelaburan itu selepas melayari laman sosial Facebook pada 13 Januari lalu.

Katanya, mangsa kemudiannya menyertai pelaburan yang dikatakan menawarkan keuntungan lumayan itu melalui satu aplikasi yang diberikan suspek.

"Mangsa memasukkan wang berjumlah RM234,160 dengan 11 transaksi ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek bermula 15 Januari hingga 2 Mac lalu.



"Mangsa mula menyedari ditipu selepas tidak menerima keuntungan seperti yang dijanjikan.

"Siasatan mendapati sumber kewangan adalah hasil daripada wang simpanan mangsa, pinjaman bank dan kenalan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

"Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pelaburan-tak-wujud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.078560 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list