CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7599|Reply: 78

[Tempatan] [VIDEO] Warga emas jatuh terlentang, kerusi ditarik ketika solat

  [Copy link]
Post time 13-3-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Warga emas jatuh terlentang, kerusi ditarik ketika solat

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... tarik-ketika-solat/

Oleh NOR AINNA HAMZAH
13 Mac 2024, 11:16 am



Tangkap layar video tular warga emas jatuh terlentang semasa solat isyak berjemaah di Masjid Al Falah Taman Tunku Puan Chik, Bahau, Ahad lalu.

JEMPOL – Seorang warga emas yang tular jatuh terlentang semasa solat isyak berjemaah di Masjid Al Falah Taman Tunku Puan Chik, Bahau, di sini tetap meneruskan solatnya dalam keadaan kaki melunjur.

Warga emas tersebut, Mohd. Kassim Maarof, 63, berkata, dia langsung tidak menyedari kerusi yang digunakannya untuk solat ditarik oleh seorang kanak-kanak lelaki dan hanya mengetahui sebaik mahu bersujud.

Pesara Jabatan Penerangan itu berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lepas ketika masjid menganjurkan Majlis Tahlil Perdana dan dihadiri lebih 150 jemaah.

“Bila nak turun sujud tu (duduk di kerusi) tu yang tergolek ke belakang. Bila tergolek ke belakang, dia melantun balik dan terus terduduk. Saya sujud (isyarat tunduk) dalam keadaan melunjur itu.

“Saya meneruskan solat seperti biasa dan selepas itu saya merasa bahu saya sakit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Kassim yang merupakan ahli jawatankuasa masjid bahagian media berkata, bapa kanak-kanak terbabit datang meminta maaf kepadanya selepas dimaklumkan oleh jemaah wanita yang ternampak insiden dia jatuh terlentang.

Katanya, dia tidak merasa marah dan sudah pun memaafkan bapa serta kanak-kanak tersebut sejurus selepas  kejadian.

“Budak-budak kan, tapi kita sebagai ibu bapa perlu mengawal anak-anak sekiranya dibawa ke masjid. Jika anak-anak boleh dikawal, masjid sememangnya mengalu-alukan kehadiran mereka.

“Namun, kanak-kanak yang belum mumaiyiz, hukumnya makruh dibawa ke masjid. Antara sebab hukumnya makruh adalah terjadinya kes seperti ini. Kalau nak bawa juga, pantaulah dengan sempurna,” katanya.

Katanya,  dia juga terkejut apabila video kejadian itu tersebar kerana hanya berkongsi dengan isterinya dan serta ‘group’ WhatsApp masjid.

“Namun, video ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua pihak untuk menjaga anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 04:09 PM | Show all posts
nak bawa kanak2 kecil boleh tapi salah sorg mak/ayah kena berkorban jaga. pengalaman I tgh solat tarawikh mak/ayah biar anak kecil masih pakai lampan lari sana sini. isunya anaknya berak dalam lampin pergi membawa bau busuk yg amat dalam surau.

kes atas nie jenis 100% lepas tangan sbb nak solat berjemaah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 04:11 PM | Show all posts
seriau kalau ada budak kecik lari2 antara saf. pernah cermin mata dipijak masa budak2 ni lari.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nak bawak anak² boleh.  boleh masuk saf. tapi bawak la anak² yang dah tau tertib solat. berdiri diam². tak kacau orang.

kalau nak bawak jugak anak² yang belum reti, bawak la masa bukan solat jemaah fardhu awal waktu tu. time dah tak ramai orang tu. time ada aktiviti masjid. time kuliah. dll. takkan bapak² tak leh pikir kot. aiyooo basic kehidupan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:33 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 13-3-2024 04:09 PM
nak bawa kanak2 kecil boleh tapi salah sorg mak/ayah kena berkorban jaga. pengalaman I tgh solat tar ...

Mcmane nak pantau anak nakal ketika makayah sedang solat. Sebenarnya si ibu yg harus berkorban jgn berjemaah ke masjid, solat je lah di rumah.  Bukan nak menidakkan mereka yg mau mencari pahala solat berjemaah, tapi anak2 nakal ni dia tak faham akibat perbuataannya yg boleh mengganggu atau memberi akibat kd jemaah2 lain. Memaafkan kenakalan kanak2, itu satu soal, ttpi fikirkan juga akibat yg akan dirasai kpd yg teraniaya. Kesakitan mungkin tidak semerta dirasai, tunggulah sehari dua lagi. Semoga pak cik tu sehat terus dn tidak berakibah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baiklah pocik soft landing kalau dia henyak mau sakit spine.  Anak kecik macam ni tak sesuai la bawa mesjid.  Some parents otak tak de kau ingat berkat ke. Padahal menyusahkan jemaah lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2024 07:25 AM | Show all posts
nolya replied at 14-3-2024 12:33 AM
Mcmane nak pantau anak nakal ketika makayah sedang solat. Sebenarnya si ibu yg harus berkorban jgn ...

ye, kan I dah cakap. salah seorg kena berkorban. biasa mak2 lah kn stay at home. biar lelaki berjemaah. lari kat belakang tak pe nie lari dalam saf.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 07:48 AM | Show all posts
takkan bapak budak tu datang mintak maaf jer?.. kurang2 hulur la duit kat pakcik tu gi buat xray.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 07:54 AM | Show all posts
kesiannya pakcik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jagalah anak. Time solat kat masjid macammana nak jaga anak?

Kesian pakcik.. nasib baik boleh bangun buatnya tak boleh bangun?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:25 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 14-3-2024 07:25 AM
ye, kan I dah cakap. salah seorg kena berkorban. biasa mak2 lah kn stay at home. biar lelaki berje ...

aku setuju...mmg patutnya yg ada anak kecik ni dok je la kt rumah...
kalau si mak tu beria2 nk berjemaah gilir2 la dgn suami...
budak2 sekolah rendah pun ada yg degil gak lari sana sini masa tgh solat...
ni kan pulak budak2 kecik yg x faham bahasa....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena la tgk umur budak2 tu jgk, bawak yg 8thn ke atas ok kot. 4-5thn xpayah la
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:31 AM | Show all posts
kesiannyer kat pakcik tu...dah lah sakit, ditambah lagi sakit sbb ada parents yg dah tau anak tak behave, tapi nak jugak bawa gi masjid...

kalu meols, maaf jer tak cukup, sila bayar duit utk perubatan skali, x-ray or whatever need to be done.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:32 AM | Show all posts
mamapea replied at 14-3-2024 08:25 AM
aku setuju...mmg patutnya yg ada anak kecik ni dok je la kt rumah...
kalau si mak tu beria2 nk ber ...

Laki bini bole solat berjemaah di rumah, tak perlu ke masjid pun kalu ada anak2 kecil...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:32 AM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 14-3-2024 08:40 AM

aku tak rasa budak tu nakal.....sbb ada je budak yg dah terlatih mengemas...dia tengok kerusi tu dok tetengah alam maka ada keprihatinan utk budak tu remove kerusi tu dgn niat utk mengemas....sbb masa tu pakcik tu kan berdiri tegak....

and kaum wanita yg nampak tu...boleh je keluar dari sholat kerana menjangkakan satu malapetaka akan berlaku...then sambung balik join the jamaah....ni pendapat aku la....sbb potentially boleh jangka perkara buruk akan berlaku pada pakcik tu....

kalau kat surau rumah aku....normally orang yg perlu sholat ngan kerusi duduk saf tepi sekali.....tak de la nampak kerusi mcm tersadai di tetengah alam....


sbb penting utk melatih bebudak utk menyukai and have passion about spending time at masjid...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:36 AM | Show all posts
cantthinkofany replied at 14-3-2024 08:32 AM
aku tak rasa budak tu nakal.....sbb ada je budak yg dah terlatih mengemas...dia tengok kerusi tu dok ...

nope, meols rasa budak tu mmg nakal...sbb pakcik tu mesti dah berapa2 kali duduk kat kerusi tu masa tgh solat, mesti budak tu sengaja larikan kerusi pakcik...budak kalu baik, dia tak usik apa2 barang pun, duduk diam jer sebelah mak or bapa dia....tau, parents tgh solat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la weyy... Ak ni tau ank2 ak jenis buas.. X yah la bw g mesjid klu x yg nk tgk2 kan.. Sembahyang je la kat umah.. Bdk2 da msk sek dah tau behave br bw g mesjid...
Apa nk di kejar.. Pahala jg sembahyang kt umah... Sbuk nk kejar pahala kang bende lain jd.. Ni x jd apa2 x per.. Buat nya ada org cedera ke.. Ank main kt luar mesjid ke...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:42 AM | Show all posts
midori888 replied at 14-3-2024 08:36 AM
nope, meols rasa budak tu mmg nakal...sbb pakcik tu mesti dah berapa2 kali duduk kat kerusi tu mas ...

kenapa ada satu kerusi lagi budak tu tak larikan....tengok kat hujung saf...

its just that kerusi pakcik tu mmg tetengah alam....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kene kat bapak aku, mmg aku lempang je budak tu dgn bapak dia skali
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:51 AM | Show all posts
midori888 replied at 14-3-2024 08:32 AM
Laki bini bole solat berjemaah di rumah, tak perlu ke masjid pun kalu ada anak2 kecil...

mslhnya diorg ni gigih jugak nk surau/masjid...kt rumah aku ni pun semak...bw anak2 kecik...tarik telekung org...
tendang2 org...paling tak tahan dok nangis tak henti2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.070424 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list