View: 13671|Reply: 66
|
[Jenayah]
Murtabak Dan Briyani, Rupanya Menjadi Kesalahan!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Sesetengah netizen enggan menerima pembetulan ejaan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi perkataan ‘martabak’ dan ‘beriani’.
Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia sudah diajar dengan asas untuk mengeja di sekolah, tetapi ada juga sesetengah perkataan yang sering disalah eja sehingga kini.
Bukan apa, kadangkala ejaan yang tidak betul itu kerap kali diguna pakai sehingga mengelirukan orang ramai. Mana satu ejaan yang betul, mana yang salah?
Jangan terkejut, banyak sebenarnya perkataan yang kita gunakan dalam kehidupan seharian telah dieja dengan salah.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Perbetulkan Kesalahan Ejaan
Menerusi gambar dimuat naik di laman X (@DBPMalaysia), DBP telah tampil dengan poster yang membetulkan kesalahan ejaan bagi beberapa perkataan yang dikatakan popular di bulan Ramadan.
Antaranya:
Kesalahan: Ramadhan
Pembetulan: Ramadan
Kesalahan: Bazaar
Pembetulan: Bazar
Kesalahan: Terawih
Pembetulan: Tarawih
Kesalahan: Murtabak
Pembetulan: Martabak
Kesalahan: Kuetiow
Pembetulan: Kuetiau
Kesalahan: Briyani
Pembetulan: Beriani
Ini Pula Reaksi Netizen Lepas Lihat Pembetulan Ejaan Dari DBP
Pembetulan ejaan yang telah dinyatakan oleh DBP dalam ciapan tersebut telah meraih pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.
Sesetengah netizen pula dilihat mempersoalkan tentang ejaan yang telah dibetulkan itu selepas ia digunakan selama bertahun-tahun. Sebagai contoh perkataan ‘martabak’.
“Boleh saya tahu kenapa martabak tak dieja sebagai murtabak? Sebab setahu saya ejaan asal dalam bahasa Arab pun Mutobaq?”, tanya netizen.
Pada masa yang sama, ada juga netizen yang meminta justifikasi daripada pihak DBP bagi penyelarasan ejaan yang dilakukan.
Sehinggakan wujud individu yang berkeras untuk tetap menggunakan perkataan dengan ejaan yang salah meskipun telah dinyatakan ejaan yang sebetulnya.
“Saya tetap akan guna ejaan yang didakwa salah,” kata netizen.
Dalam pada itu, segelintir netizen terkejut kerana kebanyakan perkataan yang dibetulkan oleh DBP itu digunakan dalam ejaan yang salah selama ini.
DBP Pernah Perbetulkan Ejaan ‘Insya-Allah’
Terdahulu, bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan dirinya telah ditegur oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung kesalahannya dalam mengeja perkataan ‘insya-Allah’ menerusi sepucuk surat yang diterima pada 31 Mac 2023.
Kesalahan ejaan tersebut yang terdapat pada beberapa ciapan di akaun Twitter telah diadukan kepada pihak DBP oleh individu tidak dikenali.
Dalam surat tersebut, pihak DBP memberitahu bahawa ejaan yang betul bagi perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan perdana ialah ‘Insya-Allah’.
DBP turut memberi nasihat supaya bahasa kebangsaan digunakan secara baik dan betul serta meluas bagi maksud rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Pelembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I dont care.. bukan aku nak amek periksa pun |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 13-3-2024 09:52 PM
KTMB dah boleh betul kan dulu apa yg patut |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ditegur BI tak betul boleh pulak kita terkial2 ikut, takut malu dikata tak pandai ingerish, tp yang bahasa kebangsaan kita kemain pula tak nak.ikut. |
|
|
|
|
|
|
|
Justeru itu, mak mertua saya berkata, murtabak adalah merbahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Alat siar raya tu benda apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Workshop tu bukan bengkel ke..dah kenapa jadi woksyop
Kalau nama makanan tu pd iols maintain kan je lah original spelling dia...sbb makanan ni ada identiti...kt london atau jepun xde pulak ditukar nama biryani...sama jugak kita sebut pizza, burger, lasagna...ke nama2 ni kena ubah jadi ejaan melayu jugak jadi piza, beger, lazania
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahriman replied at 13-3-2024 11:36 PM
Alat siar raya tu benda apa?
PA system
kat sekolah mmg sebut alat siar raya . tapi dulu2 macam eja "siaraya" ? entah la lupa sudah |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 14-3-2024 12:33 AM
PA system
kat sekolah mmg sebut alat siar raya . tapi dulu2 macam eja "siaraya" ? entah la lupa s ...
Oh,yang selalu klau cikgu panggil pelajar dia pakai bende tu eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Ahriman replied at 14-3-2024 12:37 AM
Oh,yang selalu klau cikgu panggil pelajar dia pakai bende tu eh?
apa2 la yg melibatkan electrical device communication kat sekolah tu. Zaman skrg ada fon, mungkin ajk busy setting benda tu masa perhimpunan/event je |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar hiasan ni macam muka fida |
|
|
|
|
|
|
|
kalau naruto pun pertikaikan martabak dengan bahasa arab, habislah dbp. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib dah habis SPM |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi kita ikut ejaan yg Salah tu selagi tu mindset x kan berubah sbb da biasa dgn bnd yg Salah. Dare to change
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian bebudak yg nak amik spm.. kesian lagi cikgu2 yg kena tanda or ajar BM.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|