CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10159|Reply: 0

[Pulau Pinang] Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang

[Copy link]
Post time 13-3-2024 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang


BERNAMA - Mac 13, 2024 @ 10:02pm



Kon Yeow beramah mesra dengan umat Islam semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Kapitan Keling hari ini. - Foto Bernama



GEORGE TOWN: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang hari ini memutuskan penjawat awam di negeri itu kekal bekerja seperti biasa sepanjang bulan Ramadan iaitu pulang pada 4 petang setiap hari.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu diambil kerana sepanjang bulan Ramadan, penjawat awam di Pulau Pinang bekerja mengikut waktu fleksibel.

"Berhubung dengan isu sama ada Pulau Pinang akan mengikut Negeri Pahang khususnya di mana penjawat awam boleh balik kerja awal pada hari Jumaat, MMK dah putuskan kekal dengan apa yang ada sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Kapitan Keling di sini malam ini yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sebelum ini, Pahang mengumumkan waktu bekerja penjawat awam di negeri itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini ditetapkan hingga 12.30 tengah hari. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.626622 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list