CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11668|Reply: 41

[Tempatan] Wanita Terkejut Ada Rekod JPN Miliki Anak Luar Nikah Berusia 15 Tahun, Syak MyKad Disalah Guna.Siap dipanggil ke mahkamah

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 14-3-2024 12:45 AM

Lebih mengejutkan lagi, rekod wanita itu sebagai ibu kandung kepada anak tidak sah taraf terbabit turut berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Baru-baru ini, seorang wanita yang juga influencer dikenali sebagai Nur Syuhadah mendedahkan bahawa kad pengenalan dirinya telah disalahguna oleh individu lain yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @cikgu_takaful, Syuhadah berkata perkara itu mula diketahuinya selepas dia menerima panggilan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rembau pada baru-baru ini.

Terkejut, terima panggilan dari JKM kononnya ada anak tidak sah taraf
Menurutnya Syuhada, dia berasa terkejut selepas pegawai JKM Rembau itu menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak yang tidak sah taraf (anak luar nikah).

“Dia (pihak JKM Rembau) semak IC, nama semua betul. Lepas itu dia cakap ‘puan ada ke anak tak sah taraf yang lahir pada tahun 2009’, kalau kita kira dari 2009 sampai sekarang umur budak itu dah 15 tahun.

“Bila dia tanya soalan anak tak sah taraf memang jujur rasa macam ‘bila masa aku mengandung?’. Cikgu tak pernah mengandung, bersalin dan alahan tiba-tiba ada anak luar nikah,” katanya.

JKM hubungi kerana ingin jaga kebajikan dan pindah hak milik penjagaan
Menurutnya lagi, pegawai terbabit memaklumkan kepadanya yang pihak JKM sedang menjaga kebajikan remaja terbabit selain cuba untuk menukarkan hak penjagaan kepada nenek remaja itu.

Susulan itu, JKM memerlukan Syuhadah untuk hadir ke mahkamah bagi mendengar tentang perkara tersebut selepas bapa kandung kepada remaja terbabit telah lama gagal dihubungi dan dikesan.

Rekod sebagai ibu kepada anak tidak sah taraf ada di JPN
Bagaimanapun, Syuhadah tetap menegaskan kepada pegawai berkenaan bahawa dia bukanlah ibu kandung kepada anak luar nikah itu.

Lebih mengejutkan lagi, apabila dia mengatakan bahawa rekod dirinya sebagai ibu kandung kepada anak tidak sah taraf itu turut berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rupanya IC Syuhadah pernah hilang pada 2006 lalu
Dia yang seakan terkejut dengan maklumat tersebut menyebabkan dia cuba mengingati semula punca sebenarnya perkara itu boleh berlaku.

Jelas Syuhadah, dia teringat akan kisah kad pengenalan (IC) miliknya yang pernah hilang pada tahun 2006 lalu dan menceritakannya kepada pegawai terbabit.

“Saya pernah hilang IC pada 2006, dan saya dah buat report sebab itu saya boleh buat IC baru dan sebelum ini pernah ada kes juga di mana orang gunakan IC saya untuk buat loan,” katannya.

Di akhir perkongsian, Syuhadah meminta pegawai terbabit untuk menyemak rekod mengenai laporan tentang kad pengenalan dirinya yang hilang dari pihak polis selain dirinya juga akan turut membuat laporan baru mengenai hal tersebut.

Tidak hanya itu, Syuhadah turut meminta pandangan daripada orang ramai apa yang harus dilakukan oleh dirinya untuk membuang rekod dirinya sebagai ibu kepada anak tidak sah taraf itu selain membuat laporan polis.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 05:31 AM | Show all posts
Nama pun sama seperti nama Budak Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 anak indon...dlm usaha nak memalaysiakan anak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah macam mana la JKM ni buat kerja...tak check DNA ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
iye nama rezki ni biasanya bukan malaysian. org malaysia akan pilih rozikin, atau paling2 pun eja rezeki. tak eja r e z k i
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kes ni boleh buatkan lepas ni ibu betul2 pulak tak mengaku pernah beranak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun pernah ilang IC.. now risau ada anak2 luar nikah yg iols tatau..

Camne nak cek dgn jpn bagai yachh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 07:48 AM | Show all posts
ada kes sebelum ni orang guna ic dia buat loan, kemudian kes ni lak. banyak tol kes dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 JPN call ke scammer?  
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 14-3-2024 07:48 AM
ada kes sebelum ni orang guna ic dia buat loan, kemudian kes ni lak. banyak tol kes dia ni.

Orang yang sama yang jumpa/curi ic dia tu kot?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 07:59 AM | Show all posts
mizzmimi replied at 14-3-2024 07:56 AM
Orang yang sama yang jumpa/curi ic dia tu kot?

mungkin jugak. orang tu memang durjana sungguh. dah buat loan, buat anak lagi kot atas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudahnya personal info kna manipulate.
Seghamm
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:43 AM | Show all posts
Anak rohigya nak buat ic kot.. Tak pun anak indon dgn bangla.. Jadi rakyat malaysia..

Benda mcm ni, buatnya yg call tu tiber ada bf ke laki ke dah satu hal nak jelaskan ada anak luar nikah

Kalau betul takpe, ni benda tak betul takkan nak iyekan pulak.. Haih
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punya pencuri yg curi IC dia...smpi mcm tu skali dah menyusahkan hidup dia
Semoga urusan kamu dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 08:45 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 14-3-2024 07:47 AM
Iols pun pernah ilang IC.. now risau ada anak2 luar nikah yg iols tatau..

Camne nak cek dgn jpn bag ...

meols pun pnh hilang IC jugak...risau jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 09:10 AM | Show all posts
masa klinik/jpn/ tgk ic tu x semak ke muka di ic macam pelik dgn yg depan mata. ke prosedur x betul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:11 AM | Show all posts
by the way bape umur pempengaruh ni..da dekat 40?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 14-3-2024 08:45 AM
meols pun pnh hilang IC jugak...risau jugak...

Habes la kita.. dolu2 ada setad wat lawak yg dia pernah ilang passport, so kalau ada tuduhan peristiwa mcm 9/11 dan dia dipersalahkan sbb passport dia disalahgunakan utk naik kapatebang dan hijack, supaya jgn takazut sbb itu sumer konspirasi semata..

Now, kalau ada budak ngaku anak iols, iols yakin ini sumer konspirasi semata..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:20 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 14-3-2024 09:17 AM
Habes la kita.. dolu2 ada setad wat lawak yg dia pernah ilang passport, so kalau ada tuduhan peris ...

siap sedia lah cuols utk buat DNA test...hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.436271 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list