CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jus mangga eksklusif bulan puasa

[Copy link]
Post time 14-3-2024 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Jus mangga eksklusif bulan puasa

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

14 Mac 2024 08:10am








Selain tidak dicampur susu, gula atau perisa tiruan, jus Mango Bangsawan hanya menggunakan mangga segar dicampur aiskrim vanila.




GEORGE TOWN - Jus Mango Bangsawan mungkin kedengaran asing, namun bagi penggemarnya pasti ternanti-nanti kemunculannya minuman air buah itu.

Pengusaha jus Mango Bangsawan, Muhammad Nurfaiz Noordin, 31, mengakui jus itu hanya muncul pada Ramadan kerana mahu menjaga eksklusif dan kelazatan jus itu sendiri.



Menurutnya, jus itu dibuat menggunakan buah mangga susu yang dibeli daripada pembekal dengan harga RM4 sekilogram (kg).

Kata Muhammad Nurfaiz, idea menghasilkan jus itu tercetus selepas membaca satu hantaran di laman sosial Facebook.



“Saya mendapat idea selepas membaca komen salah seorang rakan yang berkongsi resipi membuat jus ini.

“Selepas mencuba dan mengolah sendiri, saya memberanikan diri menjualnya.
“Dulu saya jual di gerai tepi jalan di Sungai Ara dan apabila permintaan semakin tinggi, saya menjualnya di bazar dan ini adalah tahun keempat saya menjual air buah ini.
“Tak sangka sambutan pelanggan sangat memberangsangkan apabila mampu menjual sehingga 15,000 bekas tahun lalu,” katanya.




Muhammad Nurfaiz berkata, dua cawangan baharu Mango Bangsawan iaitu di Bazar Ramadan Queensbay dan Bazar Ramadan Prangin Mall dibuka pada tahun ini.

“Harga ditawarkan cuma RM6 untuk bekas kecil manakala bekas besar berharga RM7 dan saya berharap dapat menjual 25,000 bekas pada tahun ini.




“Setiap hari saya menggunakan 100 hingga 120 kilogram mangga susu untuk membuat jus,” tambahnya.

Bercerita mengenai keistimewaan jus ciptaanya, Muhammad Nurfaiz mengakui tidak menggunakan perisa atau pewarna tiruan sebaliknya 100 peratus daripada buah.

“Saya hanya menggunakan sedikit kordial untuk memudahkan proses mengisar bagi mendapatkan pati sebelum dicampur ais.

“Nama bangsawan dipilih kerana jus ini dicampur dengan aiskrim berperisa vanila bagi menghasilkan rasa lemak dan tidak terlalu manis kerana jus ini tidak dicampur susu atau gula,” katanya.

Katanya, antara cabaran menghasilkan jus adalah bekalan buah mangga susu jika bukan pada musimnya.

“Setakat ini, saya belum terputus bekalan tetapi jika bukan waktu musim, harga mangga susu boleh mencecah sehingga RM5.50 sekilogram,” katanya.

Selain itu, dia turut menjual minuman lain seperti Creamy French Vanilla Cookies, Mojito Green Apple, Yogurt Blackcurrant dan Yogurt Kiwi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.381966 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list