CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1681|Reply: 0

[Pulau Pinang] Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih

[Copy link]
Post time 14-3-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang. - Foto fail NSTP

GEORGETOWN: Masjid Kapitan Keling di sini, menawarkan pelbagai hadiah kepada kanak-kanak yang lengkap solat tarawih 20 rakaat sebagai inisiatif bagi memupuk semangat anak-anak jemaah sepanjang bulan Ramadan ini.

Hadiah diberikan berdasarkan cap pada buku khas yang ditandatangani Pengerusi masjid, Datuk Faruk Raja Mohamed setiap kali selepas selesai solat tarawih selama 10 hari sejak malam satu Ramadan, dan antara hadiah-hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.

Setiausaha Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan, berkata hadiah diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya solat tarawih 20 rakaat bagi tempoh 10 hari dan sepanjang bulan puasa dengan pihaknya menyediakan tiga kali pemberian hadiah.

Beliau berkata, ia sebagai galakan atau motivasi kepada kanak-kanak berkenaan bagi hadir ke Masjid Kapitan Keling menjalani solat tarawih dan sasaran pihaknya pada tahun ini seramai lebih 100 kanak-kanak hadir ke masjid.


"Inisiatif itu bukan sahaja memberi semangat kepada kanak-kanak, malah mereka berazam mahu menghabiskan solat tarawih sehingga malam terakhir Ramadan," katanya kepada Bernama malam tadi.

Yang turut hadir pada hari pertama program itu ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... kanak-solat-tarawih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 1.874762 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list